Showing posts with label MAT KACAU. Show all posts
Showing posts with label MAT KACAU. Show all posts

20110604

LUAR CANTIK, DALAM BUSUK #2

About the girl. From what I know, she is adopted sister of Razi. Tapi dorang sebaya sebenarnya -.-

K foine. I don’t like to talk about this. This is their pastlife. And me without knowing Razi that time. I meet him at Jalan Tiga; Kantin Day. I know him but he do not know me. But I don’t really know lah. Just recognise his face, and his name. Then we met again at Jalil. Masa tgh sibuk kawad. Ex-student kan, mesti dtg melawat kot.

Pastu tak contact apa dah sbb mana ada no telefon dia. HAHA. Tak ingat sgt dah ni, yg tau asyik bertembung je dengan dia bila balik tusyen tak pun masa nak pergi tengok wayang kat JJ. Sampailah one time, bertembung lagi tapi malam dahlah. Around 12 camtu, dia terus follow sampai rumah. Pastu dia mesej kalau nak keluar malam bawaklah kawan, bahaya perempuan bawak motor blaa blaa blaa.

Pastu everything go on macam biasa. I don’t know when we really fall in love. Awal tahun ni kot. Ye ke Jie? Tapi dia pandailah ngorat mak abah kite. Mengakulah yang dia memang sgt baik, caring pastu teman pergi beli barang masa nak fly Indon pastu tunjuk jalan pukul 4 pagi tu macam mana nak pergi LCCT dgn mak abah kite pastu dia jugaklah yang tolong bagi semangat up up masa nak SPM sampai kita boleh skor mcm ni, pastu dialah yang tolong belikan helmet utk kite, tukarkan minyak hitam, bawak motor pergi repair, carikan baju hujan GiVi saiz S, tolong abah kite yang accident, pastu bawak kereta abah kita repair dekat abang ipar to be dia sampai dapat harga murah pastu macam-macam dia buat. Dia like. IDK. I dont like him at first sbb mcm super caring sgt, tp dia yang willing to do everything. Thank you man.

Aku tak taulah macam mana boleh terima dia. Tak boleh describekan perasaan. Thought everything gonna be okey. Tapi dek kerana perempuan itu, hampir hancur semuanya. Bersyukur ada bersama dengan Jie waktu kejadian. Kebetulan sehari suntuk bersama sebab kena babysit adik yg darjah empat yang sibuk bising boring sebb semua org ada kelas tambahan.

Till know, masih terfikir apa salah yang aku dah buat kat dia. Jujur aku cakap, Solehah lagi elok bicaranya dari yang ini. Meskipun SPM aku sgt terganggu kerana perempuan ini. But know, okay dah kot? hmm. Ingat cantik luar, cantik jugak dalam ke? Kenapa perlu pertikai aku sekolah agama? 2 minggu je aku pergi sekolah belum tolak hari ponteng yang mmg tiap2 mingu wajib buat sekurangnya 2 hari seminggu. Adalah dalam 8 ke 9 hari je sekolah, memang tak berapa nak jadi budak sekolah agama lah kan.

Kenapa perlu panggil aku dengan panggilan yang macam tu? Kenapa cakap aku yang mula dulu? Kalau tak kerana Jie delete mesej pertama dia yang berbaur ugutan pada aku, dah lama aku forward balik kat dia, pulangkan balik taik yang dia bagi kat aku. Katanya, aku lah punca segalanya. Eh siapa mesej siapa dulu ni? Siapa yang stalk siapa ni? Perlu ke kemukakan semua bukti kata-kata dia dalam facebook? Atau dalam handphone Razi?

Aku tersilap cakap ke ; jangan jadi kejam pada Faiz. Lelaki tu sayang kat kau, tapi kau menaruh hati pada orang lain. Sudahlah makan pun bersuap, tangan pun disalam cium tangan tak ke rugi kalau tak dibuat laki. Dibalasnya, Razi yang taruh harapan padanya. Ahh sudah, cerita ceruk mana dia amik ni. Siap cakap, aku tak HAMAK kat razi kau. Ehh kalau tak HAMAK (hamak ni ape weh), kenapa mesti mesej setiap kali bertembung? Ehhh mesej 8 MAC 2011 bersamaan tarikh lahir Razi, mesej yang berbunyi “kenapa adik susah sangat nak lupakan abang” itu dtg dari sape? Ahhh kau perempuan, makin aku tak faham apa sebenarnya mahu kau.

Bodohnya hati aku terluka dalam sebab dia. Mesej dia yang aku tak boleh terima langsung penggunaaan bahasanya. Ceritanya yang sangat berputar belit. Kenapa tak nak mengaku? Kenapa perlu cerita kat semua aku RAMPAS Razi? Bukan ke kau adik beradik angkat? Kenapa perlu cakap pada semua budak pengakap sekolah? Kenapa perlu pertikai setiap inci perjalanan hidup kami walau hal sekecil kuman sekalipun? Ini kau kata tkda masuk campur pun hal kitorang?? Aduh betina, perlu ke print out setiap patah perkataan yang kau ungkapkan dulu? Aku jijiklah dengan perangai kau. Terus terang, dah hilang rasa hormat aku pada kau, elok cabut lah tudung besar tu, cabutlah armsock. Terkeluar biji mata rasanya kalau nampak kau.

Bodohnya air mata aku bazir kerana dia. Rasa geram dipanggil sundal lahanat babi dan sebagainya. Apa salah aku pada dia? Aku tak masuk campur hal dia dgn Razi walaupun saat dia mesej Razi sebelum ni, aku ada di situ. Aku tak pernah pertikai dengan perempuan mana Razi kawan, dgn perempuan mana dia mesej. sungguh tak pernah. Pada aku, selagi takde ikatan, dia still boleh teruskan hidup dia macam biasa. Ikut hati syaitan nak je aku balas padanya, berhenti mesej Razi, tak perlulah kot bagitau yang dia nampak kami sbb terang-terang kami pun nampak dia. Tak guna dia mintak maaf sebab pakwenye yang suruh. Tak dapat aku terima maaf darinya. Itu bukan ikhlas. Dia minta maaf katanya sebab Faiz yang suruh. Ahh kau ni perempuan, ada jelah yang pelik2.
Aku balas. Jaga sikit bahasa, tahun ni exam besar, mana tau dapat 5E kn, AMIN. Tak payah 4 muka surat macam dia.

Aku jadi trauma sebab dia. AHHHHHH !

LUAR CANTIK, DALAM BUSUK #1

Hai guys. It has been a long time without post in here. Hari tu blogger gedik nak verify emel bagai. Boleh pule bukak.

Hmm. Life bad. I spend my time to jog in the morning. So I went to Lake Valley with my .. okey mengaku sekarang boyfriend and my sister. He suppose to have a class but he refuse to go because of a reason. He got his own reason. Tapi tk semua orang akan faham.

Pendekkan cerita, ada motor dekat dgn kereta kitorg. Rupenye perempuan tu, senyum sinis. And I was like, HAA MESTI LEPAS NI DIA TEXT RAZI. Yea ,and I am so so right.
“Pergi menggedik boleh, pergi kelas tak boleh, inilah pelajar cemerlang”

Actually, aku memang dah lama rasa tak selesa dgn perempuan ni. Asal jumpa mesej Razi. Asal bertembung kat mana mesej Razi. Even hapdet status kt fb pasal Razi nk belikan Hush Puppies pun dia kecoh kat sekolah. Sampai ada kawan lalu dekat Razi, boleh pulak dia buat drama dgn kawan dia lagi sorang, “weh kau nak tak aku belikan hush puppies?” ASTAGHFIRULLAH ! mmg kesabaran aku kadang-kadang goyahla bila dengar.

Pendek lagi cerita, lepas balas jgn sibuk hal orang (sebab Razi pun dah macam rasa annoying gila kat dia sbb tak habis stalk kami), we start jogging. Thought takda mesej dah dari dia. So foiinee. LEAD OUR LIFE WITHOUT HESISTATION.

Tapi langit tak selalunya cerah. Cehhh, hari tu jugak pergi national library, macam biasa. Study lah kan. But otw tu. Dapat tau dia reply mesej. Bila baca, mmg tangan tk boleh letak kat dada pastu pandang atas. Tak ku duga inilah bahasa seorang perempuan yang aku kenal sangat lama. Yang bertudung labuh, tangan tak lekang pakai arm sock kan.

Weh p0mpuan ko jgan nk menyeb0k hal aq la lahanat.. Ni antara aq dgn abg aq. Bukn ko... faiz uh laki aq n bukn abg aq lah p0mpuan sundal... aq x hamak pun kat razi k0 uh. Dia juz abg aq n mak dia yg suh aq jage dia. Klu x sbb mak dia,aq x hadap dia la babi. Pasal ko dia x g kelas. Sbb ko dia jadi teruk.. WTF la weh .. aq kenal dia dulu dari ko.. so jgn nak gelabah lebih la weh.. Harap jew sekolh agama,tapi tkde salsiah... mentak surt 
brhenti la weh.. X puas hati dgn aq,jmpa laa.. jgn berani nk ckp dlm ensti lah sial.. Aq hilg sbr gile ni..

Macam tu lah. Pastu kami tak balas la. Then masa pergi mines nak dinner, aku pun buka la fon aku. (memang hobi off telefon ni) pastu mesej masuk. Takkan mak pulak kan. Ghupenye dia mesej kat fon aku jugek! Razi suruh balas cakap nak jumpa kat mana sume. Pastu meleret dah mesej sebab mesej dia mmg kalau mak dia baca pun boleh tak mengaku anak kot. (mak dia baik gila oh)
Aku rasa kecewa gila. Habis makan kami terus balik je. Jie pun mcm dah tak okey je. Aku lagilah. Haihh.

20110421

BALA #1

Salam . 
hmm many to say. but all of sudden, something strikes my heart. many things happen this week. continously.


the bad part, my house was on fire. later talk. that 'something' really hurt my heart. nayh, this is not love thingy.


okay. I wish I could do very very best for my family. abang, if you read this, all I wanna you to know is, PLEASE BE MY TRULY ABANG ! -_____-

20110328

Kejahatan konkrit~

aku tak suka kau lah. aku benci kau. kenapa kau musnahkan hidup aku sekelip mata? kau sedar tak kau jadi faktor besar aku kena bergerak ke arah kau. kau tau aku benci kau. aku sangat tak suka kau. sebab kau, tidur aku tak nyenyak, badan aku sakit, jiwa aku terseksa.


kau ni memang ci**** . aku benci kau doh. sumpah benci. tak suka tahap otromen. erh tapi kau tak boleh dimusnahkan. kau tau tak duit banyak habis kat kau, beratus ribu kau tau tak. tapi kenapala kau tak menyenangkan langsung. awal- awal lagi aku tak setuju dengan kehadiran tapi apakan daya aku kerdil.


kau buat aku stuck, terkongkong, tak bebas. orang sibuk berkata. itu semua kerana kau. kau mengubah hidup aku almost 100%. gila mati aku tak suka kau.


memang sheet ahhh . aku habis mati benci kau.








rumah baru.







Ehemm ; serious shit aku sangat bengang sekarang

20110215

Ini pasal BETINA dan LELAKI~

Perempuan. Cukuplah, tak malu hang dok gaduh dengan aku, hingak sana sini sebab jantan? Hang tau dak, maluuuu aku dengan orang tau. Hang dok hingak kat Facebook kenapa? Hang nak semua orang tau ka? Kenapa hang tak pi Sinar Harian sana? Pemes cepat lagi kot.


Bila masanya hang lepaskan dia kat aku? Ada ka aku pi jumpa hang mintak hang lepaskan tali yang hang ikat kat dia? Hang ni laa kan. Palo letak mana? Lutut ka? Hang yang dok kehulu kehiliq dengan dia. Hang love dia sana, love dia sini. Tup2 hang dok kehulu kehiliq dengan jantan lain. Dahtu, dia kecewala. Tang hang nak dia, dia tak ready. Dahtu, tang dia nak kat hang, hang dok kata. Nak jadi kawan, adik beradik angkat. yalaaa, hang kan ada yang lain, depan - depan lagi. 


Hang tau dak, dia banyak tolong aku. Tak salah kan dia tolong aku? Hang pun bukan bini dia. Pandai hang dok ungkit, beli baju hujan la, bukak puasa la, beli barang jamboree la. perhh. detail lagi. Ada ka kekasih hati boleh beritahu awek dia yang dia dok keluar dengan betina lain untuk beli baju hujan? KAH KAH KAH.lol. Dahtu, lagu mana yang tak kena? Yang hang dok terjah aku, maki aku sana sini, hang ingat aku lupa ka mesej hang yang berapa muka tu? Untunglah aku tak sempat hayati mesej tu sebab dia takut aku sedih jadi dia delete. OKEY READERS, SILA MAINTAIN DENGAN DIALEK UTAGHA.


Lain kali hang jangan dok hingak sangat. Awatlaa lagu tu. Hang tengok sekarang dia melekat dgn aku sebab kecewa dengan hang. Dah hang reject dia. Hang dah ada orang sayang, dah ada orang jaga, boleh suap hang makan, boleh hang salam dok cium tangan muuuahhh muaaahhh. Tak cukup ka? Eh dakk aihh aku tanya bukan sebab jeles tapi aku kalau boleh pun nak bagi dia dekat hang.


Awatnya hang suka komen aku, mesej aku kata aku Gelifriend dia. Heyy, alert sikit . aku BINI dia laa. KAH KAH KAH .Lagi satu, awatnya hang cakap hang dok lepaskan dia untuk aku walaupun hang 'cayang' dia sangat2? Hang dok kata hang putus hubungan dengan dia sebab aku. hang memang sungguh naa sayang dia, tapi apa hang dah buat? Kalut la hang ni -.-


Hang pandai cakap tak nak gaduh lagi. Tapi hang baru je buat lagi. Pastu hang dok ulang lagi yang hang taknak gaduh lagi. Apa cita ni? Chek kan, rasa hot-panas je dengan hang sebab hang dah kata taknak tapi buat lagi.lol lagi sekali -.-


Bila hang boleh puas hati naa? bila chek buat status IN A RELATIONSHIP macam hang ka? eh dok aihh. tak  meletup wallah ! chek nak letak MARRIED WITH la. abang ipaq dia pun chek dah kenai, umi dia pun chek dah salam cium tangan muuuaahh muuuaahh. kira takda hal la kan? awww yulk -.-


Kalau hang kata hang sayang dia, chek pun nak cakaplaa publicly figurely (OMPUTIH UTAGHA VERSION). Chek, Sitinuquiya sayang 'Abang sayang' chek, buah hati pengarang jantung chek, pasemboq chek, paracetamol chek, menstruation pill chek, F.Rz. M.Nor. Sekian.







Kalau boleh putaq masa, takda aku dok tegur mamat tu suruh belanja eskrem. Menyesal2 -.-


Ehemm ; but SuperHero is always Super

20110211

Tau tak harimau mengaum sebab tak bahagia? ~

Hmm. Pagi tadi jumpa bahagia. Semalam jumpa bahagia. Kelmarin pun jumpa bahagia. 


Kalau boleh lepas ni, tak nak kerap jumpa bahagia. Bahagia umpama bunga di Taman DBKL. Kalau kau gedik tangan pergi petik, habis rabak poket kau nak bayar compensation.


Bahagia macam jelly baby ke jelly baby. Entah. Yang pasti, ramas dengan tenaga lebih 1kJ pun dah boleh hancur lumat. Ramas guna jari baby pun boleh dah. Bahagia jugak macam minyak tuti motor Ego aku. Lewat ganti mulalah mengaum macam harimau tak dapat mengawan.


Eh sudahlah. Nanti kerut dahi banyak - banyak pelik pulak customer yang datang KFC esok. Kerja setakat ambil order je pun, bukan layan customer complain. Alahai bahagia.






Sakit jantung I.

20110207

Walaupun Diploma, tolong jangan berlagak ~

hai people.
baru aku sedar betapa 'heaven'nya tak kerja. last saturday, that keparat-guy tanya ,


"woi Qua kau kerja tak minggu depan?"

"Kenapa tanya? kerjalah"

"Setiap hari?"

"Haah"

Then aku continue serve customer tapi otak ligat berfikir. 'Mamat ni ke yang buat jadual? Masak ah'. Aku teringat pesan Razi, dia cakap Abg Alep(his future brother-in-law) bagitau boleh mintak shift siang sebab nak balik malam-malam bahaya. So aku terus tutup kaunter, jumpa that keparat-guy .

"Sir buat jadual ke?"

"Haah. Kau apasal?"

"Boleh tak saya nak mintak jangan dapat closing? Malam - malam saya nak balik susah"

"Apa masalahnya?"

"Situ jalan gelap, senang terbabas"

"Rumah kau kat mana?"

"Langat. kat batu 14"

"Bukan masalah pun, langat je"

"Tapi saya perempuan, naik motor, bahaya sir. dulu saya dah bagitau Miss Wan(Rest. Manager)"

"Takde takde, macam biasalah closing"

"Saya mintak tolak ansur base on humankind, mak saya tak boleh tidur kat rumah tunggu saya balik"

"Arhh kau. takda2 macam biasa, closing"

"Saya mintak je tu pun kalau Sir ni ada hati la. k"

"Macam tu kau resign je la"

"Tunggu saya mati"

Then aku blah. Seriously, nak menangis. Dulu aku okey je keje shift siang. Tapi sejak dia buat jadual, everything change. Tak sangka ada orang sekejam macam ni. Honestly speaking, aku tak tahu apa salah aku and why dia benci aku sangat. Most of the time, dia akan buat something yang akan menyakitkan hati aku. Aku pun terus sambung kerja. Bukak kaunter, layan customer.


Hari tu aku closing. Closing ni balik pukul 11.30 malam. cincai2 kira 12 jugaklah kan. Minggu lepas je berapa kali dah aku closing. Actually dah balik dah pukul 9. tapi aku kena extend buat OT(overtime) sebab customer ramai. Setakat aku kerja selama ni, aku tak pernah tolak tanggungjawab yang dorang bagi kat aku. Kalau orang lain masuk ikut jadual, aku pulak ikut call. Dah berapa kali tengah sedap-sedap aku tido, dorang call suruh masuk sebab satff tak cukup. Pernah jugak aku baru sampai Jusco dengan Nash sebab nk lepak and teman dia drive, Irhas kawan sekerja aku call suruh masuk 2.30. Dia kata manager pun dah segan nak call aku. Aku turutkan, tak bantah.


Cuma ada sekali la, mamat keparat tu suruh aku tutup kaunter semata-mata suruh aku sapu dekat Dining 2. masa tu ada party, jadi sila bayangkan betapa harunya tempat tersebut. Aku kerja dah almost 7 jam TANPA REHAT pastu dia suruh aku menyapu. Itu kerja Customer Service Department (CSC). Aku geleng sebab tak nak. Lagi-lagi menyapu ni. Aku lagi rela kena angkat 3 kotak milo dari menyapu. Lagipun tak patut dia suruh aku sebab aku CASHIER bukan CSC. Then dia cakap, penat ke? elok resign jela. Dalam nak tak nak, aku buat jugak. Nak menangis aku masa menyapu tu. Nasib baik akak CSC ni nampak kejadian terbabit, dia suruh aku stop.


Aku tak tau apa salah aku kat IKMAL tu. Aku sabar banyak. Sebab dia ada sorg newbie yang berani amik kesempatan kat aku kalau IKMAL ni MOD. Nyaris aku baling pinggan kat dia hari tu. Tapi aku diam je. First day aku dia Manager On Duty. Aku rasa aku cukup diam duduk KFC ni. Aku buat kerja aku. Aku tak pernah shot duit, tapi bila dia kira aku mesti shot. Jumlahnya kan 8 ringgit ke atas. Minggu ni, 3 org senior cuti and Rest. Manager pun cuti 2 minggu. Tak sabar aku nak tau bape ratus shot aku lepas dia kira. Dia kira orang lain tak shot pun. Aku je. Aku pelik sebab sepanjang manager lain kira duit aku tak pernah tak cukup. Lebih pun ada. Aku tak tau IKMAL ni belajar apa sampai boleh dapat DIPLOMA dan terus jadi Manager *sigh*


Semalam, I cry. Badly. Agaknya hati aku tak tahan sangat tapi aku relax je. Tah cemana aku boleh menangis. Teruk betul aku rasa. Razi saksi. Terkejut kot dia. SHAME ON ME -.-' .Aku segan jugak sebab ini air mata pertama kot untuk tahun ni. Awal sangat, baru bulan 2 haha. Setiap kali aku nak tidur, sume menda yang terjadi kat KFC sebab mamat tu akan flashback. SAKIT. aku pun tak tau kenapa dia mesti datang setiap kali sebelum tidur. Then I realise, it just a same thing yang aku rasa sepanjang kat Jalil last year. same as S and E buat pada aku. tapi kali ni mungkin lebih teruk sebab yang buat adalah orang yang berkuasa. poor me.


To sum up, terpaksa aku resign walaupun aku tak nak. Kalau aku resign means aku kalah dengan mamat keparat tu. Aku ingat nak do something kat kereta dia, WUC kot. baru gila. shit doh dia, hon2 aku. mentang2 naik kereta. Mak nak jumpa dia, but sorry mak. This is not school, this is a real life. Razi cakap kalau aku dajal kereta dia, boleh jadi kes polis, mak abah masuk campur. OMG. not again. Biar kali ni aku kena buang kerja, aku saja yang terlibat. cukuplah kena buang sekolah dulu -.-


Memang betul, kerja lepas SPM ni untuk mencari pengalaman bukan siapa menang siapa kalah. Buat sakit hati je en tk guna gak. Sakit hati banyak sangat boleh sakit. No wonder lah aku sekarang salu sakit jantung (tak tau yg sakit tu jantung ke ape tapi mmg sakit kat dalam dada la) tiba - tiba.


Aku akan resign and aku sanggup tunggu 2 minggu lagi untuk RM aku masuk kerja. Miss WAN ! Tolonglah cepat balik. Aku akan resign, further study kat British Council and tolong mama kat pasar. Tapi aku akan pastikan, aku resign bermaruah. and takkan biarkan IKMAL tu gembira dengan tindakan aku. aku akan buat dia menyesal. Memang aku cakap tak jalan, tapi kalau make a report to Head Quarters, guess what gonna happen? HAHAHAHAHAHA *evil laugh*


Aku memang takkan cari pasal kalau takda orang yang mulakan. Fine. Salam :)


Ehemm ; Kalau ada suggestions how to overcome this silly-shitty problem ni, boleh share kat aku. Aku tak suka jadi orang yang tak bertamadun ni. TY :)

20110206

Taktau tajuk ape~

baru terbaca komen Zahirah @ cousin.
SENTAP?? big word tu beb. ahaha, bila tengok previous post memang. baru aku sedor, jiwang 24karat rupanya post- post terbitan aku.


waaaa. sorylah. tu laa gua cakap. gua nak private je blog. gua mana hebak macam you olsss, buat post masyuk2, orang baca pun suka, gelak2, lagi untung dia komen. eh eh, gua bukan mintak benda yang sama.


Beb, sekarang life gua sibuk. gua balik masa jin bertendang, gua rehat masa lu sedap-sedap breakfast dekat Suria. hari-hari pulak, gua kena mengadap manusia separa jin. mana gua tak senang sentap *eh tp post sentap tu manusia sepenuhnya, kacak lagi*


okey dah. gua melalut panjang dah ni.




Beb, hari ni pun gua sentap. pagi tadi sepatutnya we all pergi lepak BB aite? takdelah. gua tak marah pun plan kita tak jadi. tapi apa yang baru jadi kat tempat gua cari nafkah tadi buat gua rasa betul-betul terkilan. kenapalah pagi tadi gua tak direct je pergi Kopitiam tu? At least gua ada kerja backup. Haih, takpelah. another Kafarah. mungkin ada hikmah.


Beb, gua lagi ada masalah dengan manager gua beb. lepas setel sexual harassment problem, gua rasa mcm lega sikit. Untungla ada bakal abang ipar merangkap biras gua masuk kerja kejap dah cukup buat gua rasa semangat selamat dan suka bekerja. tapi rugi beb, tadi hari last dia sebab cuti Gong Xi Fat Choi dah habis.


Beb, gua malas nak cakap banyak. cuma sekarang gua boleh rasa, kalau dulu dengan cikgu gua boleh hempas kerusi , takkan sekarang setakat nak pancit tayar tak boleh? kalau dulu boleh kena buang sekolah, takkan sekarang tak boleh kena buang kerja? iyer dakk?


lu cari mula, gua boleh habiskan, lu langsi, memang kereta lu mati ! *ikmal*




Ehemm ; perangai setan memang tak boleh dipisahkan. erhhhh aku tekad gilaaaaa ni !

20110204

Jangan petik bunga ~


perangai gua memang cam cibai. holyshit, gua memang teruk bhai. rekod hidup gua pun mana cantik bhai. gua ni hidup buangan masa sekolah bhai. jiwa rebel.


gua nampak je tough, tapi hati gua ada taman. lu petik sikit bunga dalam taman gua, habis. lu macam cari nahas dengan DBKL. gua cuba tahan, tu gua senyap. tapi lu bakar gua, habis terbakarlah woi.


takkan nak tunggu gua hempas- hempas botol, hentak - hentak kaki macam baby tak dapat susu baru lu nak puas hati. susahlah macam ni.
mana mungkin gua akan jadi macam ni.


 gua dilahirkan bertahi lalat tiga


penat gua nak larikan diri dari lu, taknak bagi lu tau gua sentap. gua memang tak suka lu atau sesiapa tau gua swing. kalau rasa lu tak salah, jangan tanya gua apa salah lu. lu punya kain, lu jagalah sendiri, tanya gua buat apa. gua bukan kaunter pertanyaan --,


tolonglah. 


tak cool gangster sentap. kantoi dengan lu. busuk ah. jangan busukkan rekod gua sebagai gangster. okey, lu tidur baik - baik. esok pagi lu bangun, lu boleh tepuk tampar gua. gua mesti okey.









jangan petik bunga sudah.

20110131

Incik Raja Gopal ~

cisss.

hari ni banyak suweynya.
kafarah lagi.
cuma nak luah.

kenapa manusia taknak tolong golongan manusia lain?

atau dalam erti kata yang lebih tepat,

kenapa perlu ada diskriminasi dalam hidup ni?

apa cer weyyy.

kata SATU MALAYSIA ?

20110129

#1

dulu saya ada teman. teman yang sangat rapat. antara kami bagaikan tiada rahsia. boleh kata kami ni childhood friend. dia anak murid favourite mak saya. 


ditakdirkan kami berjumpa kembali masa tingkatan 3. dia pindah sekolah. kami sekelas. saya pun takdela ingat sangat dia. tapi memori lama tu takdela hilang sangat kan. lagi2 sekelas, semua dapatlah reveal. kami go through the year happily dan got flying colours for our PMR :)


masa form 4 saya tak sempat masuk kelas 4 Amanah sebab dapat offer ke SMK Jalan Tiga Bangi under scholarship Yayasan Selangor. sempat duduk asrama 3 hari je pastu keluar. Saya dengan dia pun separate semula.


ditakdirkan lagi, dia rupanya pindah ke sekolah yang sama. dia tak bagitahu pun. rupanya mak saya pakat dengan ayah dia apatah sampai dia msk sama sekolah dgn saya. emm relationship family kitorang mmg sgt baik. ayah ibu dia ayah ibu saya jugak, mak abah saya mak abah dia jugak :')


everything is fine masa awal2 tahun. mungkin dah takdir. friendship kami goyah. mungkin tak dapat keberkatan, ramai orang tak senang hati dan...salah kami sendiri. mungkin saya. okey saya tak kan salahkan dia sebab sampai sekarang saya tak tahu dan tak pernah dengar penjelasan drpd dia. boleh saya katakan, saya tak tahu apa yang dah jadi sampai jadi begini.


satu hari, dia cakap dia dah ada teman wanita. saya okey. saya mintak barang saya. saya dah lama pulang dia punya. takdela pulang. cuma mmg awal2 dah suruh dia pegang dah sebab saya ni seleder. seleder is in jawa. meaning , careless or suka letak barang sepah - sepah. dia cakap dia taknak bagi sbb dia cakap dia tak lama dengan girl tu. dia suruh saya tunggu dia -.-


kami okey je, still macam biasa cuma tak berapa nak biasala kan. contohnya macam saya nak keluar mak dah tak boleh cakap , "A ada? kalau A takde takyah la keluar, "
okey dah cukup la intro yang melankolik ni.


benda yang sangat mengganggu gugat hidup saya sekarang. barang saya tidak dipulangkan lagi. oh mesti anda akan cakap, PADAN MUKA KAU QUYA, SAPA SURUH KAU BAGI DIA. kan? act, saya tak bagi. memandangkan situasi kami dulu seperti kembar di dalam kelas, makanya beg saya adalah beg dia dan barang di dalamnya we might consider as his jugak la kan. dia amik. barang yang amat bermakna untuk saya. dan ... okey cukup. tak mampu saya teruskan.


cukuplah. apa yang saya nak beritahu, terima kasih kepada S yang menjadi punca. Sungguh, Demi Allah saya tak pernah kisah awak menjadi pasangan dia. ditakdirkan pulak saya berpindah dan sekelas dengan awak. What A Coincidence kan. Tak dapat dinafikan hati saya cemas masa tu tapi saya tak berapa kenal awak. tapi saya anggap awak baik jugak macam A. saya tak follow pun cerita tentang awak dengan dia, mahupun tentang dia. tapi ada jugak mulut2 yang mereport sebab mereka tak tahu apa yang dah jadi. saya tak tahu pun awak clash dengan dia ke, dating dengan dia ke. saya tak tahu pun awak pergi tengok wayang dekat Mines dengan dia, tapi kalau dah takdir nak bertembung, masih salah saya ke? okey saya admit, saya nampak awak dan dia dalam bas masa hujan ,tapi saya tak naik pun bas tu. kalau saya naik mesti awak kata saya spying kan?


Tapi Allah tu Maha Adil. Mungkin inilah yang dinamakan kafarah untuk dosa masa2 lalu. saya terima dengan redha segala 'pujian', 'kata-kata manis' dan 'ihsan' yang awak berikan sepanjang setahun saya di Abdul Jalil. saya tak pernah expect benda2 buruk macam ni akan jadi dalam hidup saya, masa tahun saya periksa besar pulak tu. tak keterlaluan kalau saya katakan, lebih manis rasanya dibuang sekolah di Bangi dulu daripada diuji dengan minah - minah tipikal di sekolah lama yang sepatutnya tak asing buat saya.


sekarang saya nak semua benda ni selesai. sepatutnya tahun lepas dah selesai. tapi saya tak tau apa rancangan dan motif mamat pisau cukur mydin ni. sudahlah segala (dua benda je) hak milik saya tak dipulang. atau dalam erti kata lain, memang dari dulu dah mintak tapi dia bagi macam2 alasan nak dipulangkan. dan S, dia mengugut saya supaya tak diganggu teman lelakinya. Demi Allah, saya tiada nombor A. Nombor S pun saya tiada, jadi, setiap kali S mesej saya akan bertanya ini siapa.


hari tu ada saya beranikan diri meminta no S dari seorang teman. Sungguh, rasa nak gugur jantung saya. mana taknya, dah macam Osama Bin Laden contact George W . Bush kot, memang cari bala. saya mesej untuk mintak no A. dan S menjawab untuk apa? saya katakan untuk selesaikan masalah ni sendiri. dan saya sangat memerlukan hak milik saya. S enggan beri nombor atas alasan, A accident. saya pun okey, dan sangat hampa.


mungkin ditakdirkan lagi, saya terjumpa seorang kawan sekampung A dan kami bersembang. entah macam mana, dia beritahu baru lepas main futsal dengan A. okey hati saya sangat sakit. betul A accident, tapi dia tak cedera, motor je. 


hampir 3 tahun benda ni berlanjutan, mungkin dia semakin membenci. apa punca dia membenci saya kurang pasti. tapi saya boleh agak, mesti buah hatinya ada bercerita tentang saya. masakan dia boleh mesej saya secara tiba - tiba(beberapa minggu selepas dia mesej dan beritahu tunggu dia dan jaga diri), dan lebih kurang berbunyi begini, 


"kau nak apa lagi dari aku? kau buat apa kat awek aku? kau tak pernah terfikir ke apa yang kau akan dapat bila kau buat kitorang macam ni"

kebetulan saya di hospital tengah tunggu turn untuk brain scan. jadi semestinya handphone bukan di tangan saya. lalu dia mesej lagi,


"apasal kau tak balas? cuak ke? "

mungkin 30 minit selepas tu kot baru saya balas. omakkau. dah pandai kau aku sekarang. dulu sopan je panggil Quya. hati saya rasa macam dilanggar jentolak, remuk betul rasanya. saya rasa dah hampir berbulan saya tidak 'usik' buah hatinya. saya dah pandai kawal perasaan iaitu biarkan dia mesej saya sampai ber page - page tanpa balas satu pun, atau lebih tepat tidak sempat membaca dah delete. saya masih ingat lagi mesej terakhir dia,

"kita setel wey, 0 -0 . aku dah jumpa end of this wey"

sangat lega hati saya membaca. seperti biasa saya tak balas. masuk kelas pun hati tak cuak2 dah, telinga dah tak berapa nak sumbat earphone sangat(dulu S dan kawannya suka memerli subjek tambahan yang saya ambil), S pun dah pandai senyum pada saya. namun ada satu saja yang tak mampu saya lakukan, senyum semula kepadanya.

jadi saya agak keliru apa yang saya dah lakukan sehingga dia mengugut saya begini. saya cuma katakan yang A hanya dengar dari sebelah pihak dan tidak berada dalam situasi saya. saya dan S bertelagah di Hulu Langat tapi A? boleh bergembira dengan kawan - kawannya, bermain bola dan belajar tanpa rasa disisihkan. SAYA? Tuhan saja yang tahu. Saya tak boleh bermain hoki kerana entah kenapa tiba -tiba S masuk sedangkan dia tidak pernah bermain untuk sekolah, dan saya sukar untuk membuat pembentangan ekoran ada suara - suara mengejek dari belakang -.-

A boleh percaya kata - kata buah hatinya kerana bak kata Jijie, The Power Of Love. Haha. Hampir dua tahun saya menderita kerana perbuatan A, banyak yang tak dapat saya lakukan kerana hak milik saya padanya. A pulak dah langsung tak ambil kisah. hari tu saya tekadkan diri untuk berjumpa dengannya, tapi saya tersungkur. tak mampu saya nak berjumpa dengan masa lalu yang membawa saya kepada kehidupan yang porak peranda, apatah lagi dengan segala kata - kata dan maki hamun yang dia lemparkan pada saya. 2010 adalah tahun yang paling mencabar buat saya.

Kalaulah saya masih di Bangi, mungkin keputusan peperiksaan saya boleh maintain dari awal tahun. mungkin juga saya tidak akan pernah merasa FAIL untuk Biologi. tapi itulah yang saya katakan tadi, kafarah yang Allah hadiahkan untuk saya merasa nikmat menjadi hamba-NYA. saya sangat bimbang akan mengecewakan Mak dan Abah saya untuk SPM tahun ni. mungkin saya tak mampu nak capai 11A seperti abang. saya menyesal kerana lambat bangkit dari kekecewaan, saya menyesal kerana ada perasaan risau dan tak suka masuk ke kelas, saya menyesal tak menjaga kesihatan saya dengan saya dengan betul. 

Wahhhh. panjang betul saya taip. tak sedar kot. dah lama saya nak luahkan tapi saya bimbang diri saya akan mengimbau masa lalu dan seterusnya men'down'kan hari-hari saya. tapi sekarang saya nak bangkit, sampai bila perlu saya takut dibayangi kisah silam? sampai bila saya perlu bersembunyi kerana takut disakiti orang? sampai bila saya perlu bersedih mengingat kisah-kisah yang meragut kebahagiaan saya? tak mampu saya untuk berduka seumur hidup hanya kerana seorang lelaki bercap pisau cukur Mydin.

saya benar - benar berharap A akan sedar dan kembali kepada A yang saya kenali dulu, yang warga Abdul Jalil pernah kenal dahulu. seorang penyanyi nasyid, seorang yang menjadi role model kepada pelajar lelaki  di sekolah, seorang yang boleh memberi tazkirah kepada yang lain, seorang pelajar top yang amat digemari oleh cikgu - cikgu untuk dibuat menantu. keh3 itulah A.

eh saya tak cakap yang saya nak A kembali kepada saya sebagai kawan sejati yang dia sering katakan dulu apatah lagi kekasih. sekali dia buat sampah, tak mustahil dia boleh buat lagi. saya cuma mahu, peperangan dingin antara kami selesai dengan cara baik dan senyap sebagaimana dia meninggalkan saya, dan hak milik saya dipulangkan.

sekarang tolong bagi saya idea macam mana saya nak berhadapan dengan mamat hati batu ni?

mekaseh.

Ehemm ; tak berniat untuk meraih simpati tapi kusut cemana nak amik balik barang aku wey ! aku fail bila nampak dia ! sheeeetttttt

20110122

Jangan Kawan Saya ~

Saya memang tak ada masa nak update post macam awak.


Saya memang tak ada masa nak jumpa Encik GOOGLE atau Mak Cik YAHOO sebab nak letak gambar kat blog.


Saya memang tak punya waktu untuk menghadap laptop 24/7 demi secebis coretan.


Saya memang pemalas nak perah otak untuk menaip post yang lebih bernafsu untuk dibaca.


Saya memang MEMBOSANKAN.




Lagi ....


Saya memang jarang atau lebih jelas tidak membalas mesej.


Saya memang kurang gemar menjawab call.


Saya memang tak punya waktu untuk bersuka ria ke mall dengan kawan - kawan.


Saya memang suke bekerja dan menolak ajakan sesiapa kecuali kes tertentu.


Saya memang kelihatan mementingkan diri sendiri.


Terukkan saya?


Kejikan saya?


Sila mengata, mengutuk dan menghina saya dengan kata - kata yang boleh melegakan hati awak.


Terima kasih, itu semua semakin mengukuhkan semangat saya untuk berjuang.


Untuk apa saya lakukan semua ini?


Apakah derita yang saya lalui awak juga lalui?


Awak tidak perlu memikirkan masalah seperti saya, untungnya.

Boleh saya beritahu awak sesuatu?


Sila cari sahabat lain, yang boleh menemani awak keluar bersuka ria.


Sila cari sahabat lain yang boleh awak jadikan teman untuk bergayut di telefon.


Sila cari sahabat lain yang punya sejuta waktu untuk awak.


Mungkin dulu saya katakan SPM selesai kita boleh berjumpa.


Tapi adakah itu bermaksud selamanya?


Tidak kan.


Saya mohon, sila pertimbangakan dengan situasi semasa.


Saya tak mampu.


Mungkin saya lebih elok begini.


Terima kasih.


Maaf andai ada yang terluka.

20110111

Pailang tu apa? ~ #1

7-9 Januari 2011 asa Chocolate Fair kat Mid Valley. Ini kali ke-4 punya. Kenapa aku tak pernah atau ada menda alah ni? Lebih men'down'kan keadaan, aku dapat tau daripada adik bongsu aku sebab dia pergi redah aci bukak internet pastu baca blog orang lain. Cissss aku rasa terkebelakang kejap -.-"


Tapi aku nk cite pasal 9 Januari punya. aku rasa cam pailang gila hari ni. First, plan aku nk jumpa Girlfriend yang tersadai kat PLKN Kuala Kubu terkentut terbantut. Ini semua gara- gara pre- test untuk tadika memandu yang aku daftar sendiri tahun lepas, yakni Disember 2010. aku rasa cikgu memandu tu memang sengaja kenakan aku. aku baru belajar ABC 4 jam, untuk jam yang ke-5, aku dah kena test. Silibus tanah jajahan mana tah dia ikut. Liberal gila


Last - last aku jumpa mak mertua dengan suami kontrak aku kat tepi jalan highway Ampang. sempatla aku belikan 10 batang lolipop brand Red Indian buat dia hisap masa kawad nanti. lepas tu aku balik rumah sambung tidur yang tergendala sebab dapat call kelas pukul 9, cikgu amik kat umah. Tau2 kelas pukul 12 datang sendiri. Janji Melayu memang, nasib baik aku Jawa Totok takdelah mengkhianati spesis.


Setibanya aku di tadika memandu, aku bergegas ke kantin tadika. Sheeetttt aku lupa itu bukan My Mydin. Mana ada Cupa Chup. Lantas dengan kecewanya aku ke pondok tadika untuk melihat senior2 aku belajar sebab esoknya dorang ada test masuk darjah satu. alaa macam diagnostik test tu je, yang beza dorang exam ada orang duduk sebelah pakai spec hitam belagak macho, kalau yang menang lucky draw dapatlah orang yang misai macam A. Galak, ajak ketawa sepanjang exam, habis exam tau2 fail. HAR3


Setelah memerah peluh kira2 43.2 minit, kelihatan bayang2 cikgu aku berjalan dari kejauhan. perhhhh aku bergegas merangkak ke arah beliau. Okey, untuk pendek beliau cakap beliau lupa pasal ujian aku. Sheeetttt. tak aku tak marah pun. senanyer aku nak cakap, ohhh jadi boleh tak saya balik sekarang? cari cikgu lain? pastu dia pergi direct Lembaga Peperiksaan daftar nama aku. perhhh senang betul sistem pendidikan sekarang.


Masa ujian okaylah. Kereta hand-break kebulur, stereng tak pernah gosok gigi. Eh okey sangatlah senang cerita! Senang gila aku nak buat semua ujian tu sampai naik bukit kereta boleh undur2 sikit pastu naik balik last2 undur terus. perhhh best ! tak payah tekan minyak. Cikgu tak pernah cakap pulak ujian senang sampai camni boleh tak tekan2 minyak. Result ujian, aku LULUS. bolehlah amik PhD dah hujung bulan ni. Terima kasih Apek.


Pukul 3 aku cabut gi pesta cekelat tu. sambil minum air Gatorade atas motor. sejuk betul suasana. masa dah dpn Boulevard, cilok2 kaki aku terlanggar pasu. HEHE best sakit gila doh. pastu aku jalan tengkak2 sampai masuk fair. pastu dah tak tengkak sangat dah sebab dapat cekelat manyak sangat. shukkeeee :)


5.30 aku nak blah dah. aku hengat kisah duka aku akan berakhir tatkala aku beradu atas kusyen kayu buatan abah. saat aku telah menyarung helemet, mahu membuka mangga tayar, tiba - tiba kunci itu berdegil. cocok semua lobang tak masuk. eeh chop. ini bukan beca. ini beca dua tayar. saat itu aku sedar aku salah amik kunci.


bersambung..sakit hati pulak ingat.

20110110

Aku dan suami ~

aku rasa sekarang kan, blog aku macam tak menyengat langsung.
hangit gila, arhhh tapi apa aku peduli.
tapi ada orang peduli, kalau tak sebab dia memang sampai lobam aku tk menaip.
boleh dikatakan, hari - hari aku pegang laptop.
kalau rajin sikit, aku cocok pendrive, kalau lagi rajin aku cocok broadband.
well, sebenarnya bukan takde cerita.
banyak doh cerita, hari - hari aku sibuk, hari - hari balik malam, penat.


hari ni aku bawak adik aku buat I/C kat jalan reko.
buat KWSP untuk aku, buka acc Bank Rakyat utk abg sedara aku.
ehhh chopp. aku rasa dia cousin aku kot. ehh tah (tibe2 confuse)
jap abah aku adik mak dia, dia anak acik aku, jadi??? yela kot cousin -.-


HEYYY SAPALAH YANG SURUH AKU MENULIS CERITA NI?
TIBA- TIBA KONPIUS FAKTA KELUARGA -.-


eh dah menyimpang. pastu balik petang.
petang pulak keluar gi putrajaya, buat I/C aku pulak.
I/C aku bengkok doh. aku terbagi but aku masa tgh lepak kat library.
cam hape tah, segan doh kat mamat KWSP, minah MayBank.
tapi rasa cool sebab dorang kena buat semua manual HAHA


pastu petang tadi (semua kejadian dari pagi sampai ke petang),
aku gerak CAREFOUR AMPANG hantar dokumen kerja.
pastu pergi jemput anak balik tusyen dengan suami aku kat Cheras.
lepastu anak aku mengadu lapar, jadi kitorang pergi KFC.
melayang duit aku 20 henget.
tapi lepas suami aku pujuk pujuk ,baru aku okay.
manjanyaa aku.


kitorang balik dalam 9 lebih, otw balik anak aku membuto sambil berdengkur.
nasib baik tak ganggu confrence aku dgn suami.
9.30 kitorang sampai rumah.
suami aku pun mintak helemet motor pastu dia blah dengan beca.
helmet tu untuk keselematan dia kata.
aku layankan jelah sebab dia nampak kacak dengan helemet tu.
pastu aku masuk rumah sambung main need for speed.


dan sekarang aku tengah mengarang untuk .. itu yang aku tak tau.


okey dah. dah cukup cerita hari ni.


boleh tidur dgn nyenyak sambil berangan naik viva elite sambil pakai baju KFC.


boboiboy!

Ehemm : School over tak seronok langsung kot. aku penat, balik malam. eee penat.

20110106

Mimpi kerja KFC ~

HARI NI NAK PERGI CARI KERJA SEBAB MAK CABAR ADA KERETA SENDIRI .

AKU MEMANG TAK BOLEH KENA CABAR - CABAR NI.

TERIMA KASIH EMAK .

MMMUUUAAHH!

20101231

kesudahannya.




saya tak boleh tidur.






rasa macam nak pergi PD.


nak pinjam katil dalam apartment tu.








haihh.

The way I am, thats why Im bad ~

sebenarnya semalam lepas balik dari rumah Kero, I went to The Mines with SuperHero. Kero was right, always. masa balik dia cakap, "mesti dia ada nanti" (sebab selalu dia akan muncul tanpa signal dan kebetulan berlaku) and bila aku keluar lalu depan j3 ada motor datang and it was him. kau pun boleh jadi sotong Paul lah Khai HAHA 


Him. everyone must be suprised bila tahu siapa dia. entah. aku pun bukan kenal dia sangat. I know him as the somebody-in-the-school. I never talk to him. and I never interested to talk about him (as I do not know anything about him). He is older than me (setahun je). em then. entah. tak tahu nak bagitau apa pasal dia.


We met and get to know each other masa kawad kaki. As I am the girl yang tak-tahu-malu main redah aci je suruh dia treat me an ice cream. actually he was offering to a girl and I was "weh aku pun nak jugak" and yet dia belikan HAHA. then habis kawad, habislah semua. I never knew about him anymore. 


I live my life happily, alone and like usual. I keep on working for my Pengakap Diraja, ulang alik Bangi, go tusyen at Cheras, went back home when the night is so dark (very late you know). And every Sunday I will spend my time alone at Jusco Cheras Selatan where one day I meet him at the parking with his friend and I say "Hi". that's all. (eh kenapa rasa nak nangis bila ingat ni sobs3)


Mens proposes God disposes. and then one day when I was walking in the mall looking for my gaymate, Zakiah aka Z, he poke me. And I was like, "Oh hi, wht are you doing? where's Z?" he said that she work there and show me where is Z. then he asked for my phone number as he had text me but I didn't replied. Oh suprise gila. When he text me? and why I didn't reply? but then I know what is the answer. I never care incoming messege unless the reply one. hoho. then we get separated.


Starting from the day, I often saw him. means KEBETULAN. means ON THE ROAD. he is on his motor while I'm on mine (oh peliknya language). sampai tak boleh kira dah berapa kali terjumpa. everything like, em was fated. but I never care. lepas dekat 10 kali (kot) bertembung, he follow me. sampai rumah. betul ni. tak tipu. then dia text, perempuan tak elok balik rumah tengah2 malam lagi2 nak SPM ni. oh I was like okey, Hafiz ever told me before -.-


Then I wanna buy a futsal shoe. He ever told me that Al- Ikhsan ada buat sale. Masa tu dekat sekolah, ada meeting Hari Guru. Ingat nak pergi lepas meeting dinner sekali kat Pizza. Fyi, since aku pindah sekolah, mostly aku buat benda sendiri. HAHA I told him, saje. nak buat dia jealous kot. haha. then he said he wanna follow me sebab dia dekat sekolah jugak. so aku pun okay. that was our first day out. tak rancang pun. tak special pun. keluar beli kasut, makan pizza, balik.


hmm aku pun tak ingatlah macam mana boleh jadi serapat begini sekarang. haha. dia ingat kot. aku bukan pengimbau-paling-kuat-ingatan pun. Bukan senag nak terima dia. Banyak onak dan duri yang DIA kena lalui. HAHA nama pun SuperHero kan. Pernah aku cakap kat dia, "Weh kau blah la, suka sibuk dgn life aku. selama ni aku buat sorang je takda org heran" but he never move back. aku pernah kena attack dengan girl sebab dia. thought I was her girlfriend. she said aku perampas as she loves him so much. perang besar aku tau. bukan dgn that girl sbb aku tak respon pun. then I figure out yang dorang tak couple pun just BFF. 


I would like to thank to that girl, because of her attitude, because she attacked me, we're getting closer. I can't say more. HAHA. the McDonalds jadi saksi. aku pun cuba terima dia sikit - sikit walaupun selalu menolak.


He was like a Big Brother for me. I owe him much. every single thing I want to do, where I wanna go, he should know (and follow from the back). My parents know him. Mama and Abah too. Mama want us to be together. HAHA. big joke! LOL


All I wanna say, I am sorry for my bad behaviour before. I am trying to change for us, but penjenayah besar macam memang susah nak ubah. I tried my very best, but I always fail. I don't know how you can handle this thing wisely. You never give up or get angry eventhough you told Mama that you're 'PEMARAH'. but I am still trying. Thanks for being every time where I need you without fail. I don't know how you could do that. HAHA


earthlings, sorry sebab this post agak jiwang. do not read it. HAHA. tak memasal jadi typical kejap. but I was a bit hmm disturbed of my own attitude. He is kind but I was the one yang always spoil everything. Tahulah kan aku macam mana dengan lelaki kan kan. I never expect that aku pun akan terjebak dengan hal sebegini. poor him. memang rugilah awak. and the past thing still on the memory, so I am very phobia with all this thingy.


adess. serius rasa touching gila ni. rasa macam nak Khairin. tak pun Mama. HUHU. kenapalah rumah kita jauh? HUHU


to SuperHero ; for your information, I am not log out yet as you tell me to do so. for your information I was emm. sulking just now that is why I told you that I wanna sleep, but the truth is I DON'T WANT TO MAKE YOU SAD AGAIN. I don't want to spoil anything anymore. I am sorry. but this is Naquiah. dia suck kan. such a jerk. tak dengar cakap. too bad. okay. see you.

that's all. I need a pillow to spill all this mess. sobs3 what a long night-to-be. Salam.

20101225

At least ~

hari ini memang sucks.

















dari siang aku pukul nyamuk tak kena.
pailang punya nyamuk -.-
arhh sheet ! gua rasa nak terkucil gila sekarang tapi tak boleh !
badan gua dah penat gila ni tapi mata tak boleh pejam !
oh mannnn ! rasa betul -betul nak muntah !
demz! demz! demz!

Pengantin Tersepit, Salah Pengapit ~

assalamualaikum. hai. sekarang 12.10 pagi. saat2 yang sukar dan rumit buat aku. mungkin sebab ini yang pertama kali. dah seminggu makan dan tidur aku tak berapa nak feeling.


esok dijangkakan jam 12 tengah hari segala marabahaya dan bencana (diklasifikasikan khas untuk aku) akan berlaku. sungguh, aku rasa goyang tak bertali ni. aku rasa siapa2 yang kena macam aku ni mesti goyang jugak. tapi tak mustahil ada orang yang suka. yela, nak jadi lawa kan. persis RATU SEHARI (laa sangat). tayang muka dekat orang ramai -.-


aku dari tadi dah berkira- kira untuk plan dan jalankan something yang boleh mengelakkan aku dari segala menda alah ni. tapi aku kesian pulak kat bakal - bakal mangsa yang akan terlibat ni. atuk, nenek, pakcik ipar, mak cik. dan bla bla bla. Ya Allah, dahlah buat dekat DEWAN BESAR. Ya Allah, Masya-Allah !

aku jugak dah sematkan dalam diri aku (cehh ayat) untuk meneguhkan pendirian dan iman aku yang sudah sedia goyah ini untuk mempertahankan wajahku yang memang dah sedia tak berapa nak Angelina Jolie ni supaya tidak dicacah dan disua dengan apa - apa dan mana - mana jenis bentuk mekap. ye MEKAP harap maklum. okay tapi bedak baby johnson selapis aku nak pakai.

mungkin orang yang baca akan rasa macam "eeww remeh gila" tak pun "bapak ah budak ni gelabah gila" atau "yo yo je dia ni, dah perempuan tu perempuan jela". eishhh lantak koranglah. aku rasa posisi aku sangat rumit sekarang. diibaratkan macam striker Indonesia Cristian Gonzales yang dah kena ugut dengan defender Malaysia Muslim Ahmad untuk final Suzuki Cup Ahad ni. betul2 rumit. 


eh jie, ingat awak pujuk - pujuk kita boleh reda la? ingat kalau awak sayang kita lebih kita okey la? lagi awak kipas - kipas lagi meleleh rasanya. memanglah kita ni cool tapi awak ni kena belajar lagilah skill nak pujuk gangster walaupun kita rasa macam dah okey sikit sekarang. hehe <3

aku cuba nak jadi macam sebelum ni, yang mana aku akan pakai RAMBO je nak redah aci semua tu. tapi en. benda camni bukan boleh main RAMBO. ni orang punya kot, sekali seumur hiduo. weee bapak ah. aku rasa goyang gila. erhh arhhh. ee cubalah faham. tolonglah. tak aman gila -.-


tapi tadi aku dah doa banyak2 semoga esok ada orang lain yang lebih layak atau ada benda lain yang jadi supaya aku akan terkecuali atau dinyahkan terus dari untuk menjadi PENGAPIT.


oh nak tidur dah ni. nak kena cepat takut tak sempat nak berdoa lagi sebab nanti tertido -.-

sekian.
salam gundah gulana -.-'''



Ehemm ; semua orang nak ada buayafriend , aku nak SUAMI lah macam ni ! :D