Showing posts with label Something Anything. Show all posts
Showing posts with label Something Anything. Show all posts

20110512

APA KAU NAK SEBENARNYA?

tadi dah type post pasal form 6. tiba - tiba dussshhhh something strikes my heart. AGAIN. serious. sudden, dada aku mcm sakit gila babas.


ini macam paling sakit punya. 1A dapat UIA? Human Science lagi. weyyy, apa kriteria dia nak sebenarnya ni? okey fine ini mmg rezeki masing2. tapi like. 1A, obvious gila wey ketidakrelevannya.


petang tadi jumpa kawan maahad hamidiah. nak pinjam baju kancing , tudung payung tu semua. then dia ckp, "aku tak dapat mana - mana". I was like, WHATTTT? 8A tak dapat mana - mana even UiTM?


kawan abdul jalil. 7A. best student bio pulak. same. tak dapat mana - mana.  


Pastu tadi nak dijadikan cerita, penambah rasa bengang dan sakit jantung. mak balik bawak surat dari letter box rumah lama. an offer. fully scholar. tak tipu punya as my mom call them. boleh gembira la kan sebab sekarang ekonomi family sangat runcing sampai masuk form 6 kan. tapi course ape kebenda tah, bussiness and information technology. honestly, bussiness adalah course yg paling aku nak elak haha. so anggap jela tu surat dari kolej swasta yang lain.


serious aku rasa macam bengang gila sekarang. okey. terima kasih.






Ehemm ; ADUHHHH ! SAKIT JANTUNG AKU !

20110324

Semalam Part I

Assalamualaikum.

Semalam. Aku dapat lesen P. Semalam jugak aku terus bawak kereta. Exora la pulak. Nash punya. Breakfast dengan dia. Makan nasi lemak. makan roti planta. ('wind', bila kita nak makan roti planta sama ni isk3). Nak minum air teh ais. Tapi dia bagi teh yang ada susu pastu ais. Aku selalu fail order air teh. Dah makan dua-dua rasa nak muntah. Nash pun demam jugak. Tapi dia nampak lebih teruk semalam. Terima kasih Nash bagi aku habiskan lauk kau. ekekeke lapar betul aku. Tiba - tiba "Nash biar aku drive balik kang". Nash ckp, "Ye aku percaya kau". Oh first time bawak Proton yang besar tu, Alhamdulillah semua selamat.

Semalam aku bawak motor baru. Motor abang yang aku 'gatal' repair sampai takdok duit di tangan. Kaki tak sampai sangat. Semalam adik request hantar dia kawad naik motor tu. Motor tu lembab walaupun 125cc. paling laju boleh go pun 80 km/j. Adik habis kawad 11.30. 11.20 aku gerak. Sampai sana, tapak kosong. tinggal 3 4 org je budak.

Budak-budak ; "Raihana dah balik" .
Aku ; dengan siapa?
Budak-budak ; dia naik motor.
Aku ; dengan siapa?
Budak-budak ; lelaki. lelaki tu ada ckp pasal lubok kelubi
Aku ; dah lama ke?
Budak - budak ; lama dah
Aku ; (calll mak) Mak , Ana ada dengan mak?
Mak ; Takda. kenapa dia takda ke? kan mak dah kata amik awal - awal bla bla bla
Aku ; Okey (matikan fon ; call abah)
Abah ; kenapa?
Aku ; Adik takde. mak suruh datang amik dia sebb abah ada meeting tadi
Abah ; Oh abah dah suruh Wak Jalil ambik tadi. Pergila pejabat abah
Aku ; Abah mana?
Abah ; Kat klinik ni. Baru habis meeting. Kejap lagi abah datang
Aku ; BAIK =.=

Angkut adik. Balik rumah yang makin hari makin tinggi bukitnya.


Balik terus lari masuk bilik. Bilik air maksud aku. Wek sana Wek sini.


Semalam result keluar. Semalam aku muntah teruk. Aku ulang alik ke toilet dekat 10 kali. Aku batuk. Aku muntah. Aku batuk. Aku muntah lagi. Last -last aku tersungkur jugak dekat kusyen. Aku nampak lampu dinding meluncur ke kanan dan ke kiri. Aku tengok jam. 1.15. 2jam ke aku muntah? Aku pun tidur....

20110320

Iron Lady

hai again. so long huh. tak bukak setahun pun followers increase. hik3. well, I am just coming back from Perak. So sorry IronLady sebab tak jadi pergi main layang - layang. You know, everything was so fast and SUPRISE ! lah sangat. bukan suka sangat. but, what should I do aite. Hm nak janji takut tak dapat tepati lagi. but I hope we can do the thing together in future. Hope u tak ambil hati ye, hehe. Love you bestfriend  :)

Aku boleh rasa life sekarang sangatlah tidak bagus. environment langsung tak menggalakkan dan memberi motivasi yang secukup rasa untuk aku. aku dah pindah rumah. yea, its a Bungalow. many people cakap,  " Kayalah kau pindah banglo ". Abah dia laa kaya. dah pindah rumah nothing change. getting worse adalah. sedih sebab dah takde rumah sewa lagi. I use to live alone. harap faham.

hm. masih di KFC. aku nak berhenti sebenarnya, tapi yang lagi benarnya, hihi. aku tunggu pakai uniform baru. Biru tadika kemas wooo. haha. lagipun bulan 4 dapat t-shirt sempena Birthday atok. alaa, yang berjambang berjanggut bermisai berambut putih tu. tapi ade apetah. CEO dah tukar, so benda ni macam tergendala. btw, gaji bulan 2 sangat meng'teruja'kan. tapi aku dah mula sangat bosan dengang KFC ni. keje baru dah ade, tinggal nak hantar surat resign je. Hope surat kali ni aku hanya hantar sepucuk je, dan tak dikoyak lagi. 

hm. SPM rabu ni kan. aku dah tak rasa ape dah. mimpi pun dapat dah. tak taulah kalau betul macam masa PMR hari tu. rasa macam kerja je rabu ni. tak expect tinggi. senang cerita apa result pun datang jelah. macam aku heran. dah tekad dah. when I was really 18, I wanna leave alone. Everything is up to me. Nobody can change, nobody can control me. 17 tahun hidup dah cukup merana kan, tak salah aite kita ubah to a better life? aku pun ada benda untuk dibuktikan, apatah lagi yang untuk dicapai. aku dah tekad. May be bless.

okay. see you maybe in next month? haha. thanks for still reading my bored little diary. I know. It seems so boring kan? I memang boring. Okay, may you be bless always. 

Wassalam.


Ehemm ; Sangat demam sekarang. 

20110222

Jiwa Kentucky

hihihi. dah lama tak merapu. tak tau nak tulis apa dah.


ini sekadar quick post. lama aku tak tulis sebab pening fikir pasal KFC. mula - mula gila mati nak berhenti. menangis tak payah cakap. tapi RM aku ni pandai sangat pujuk. free - free cheq punya surat resign kena lanyak. dia tak tau betapa sukarnya aku mengarang surat tu. itu pun selepas aku menghupdate status kat fb, 


"nak google surat berhenti"


seperti biasa, family yang tak putus - putus bagi support walaupun jarak memisahkan kami. aicehh. Pokcik siap emel tau dak. hehe kelaka je cheq rasa. tak lama lepas pok cik emel. abang ejal pulak. siap bagi nombor telefon suruh text kalau ada pape. pastu baru tepuk dahi sebab baru teringat, punyala dok tidoq umah dia sikit punya lama, keluar satu family tak payah cite, no Pokcik je aku ada. aunty pun hehe, lepas satu insiden. aku datang Bangi. nak amik laptop kat umah. call Pokcik dia takde. aunty je ade umah. bagi salam macam nak tercabut tekak. aku bukan tak tau aunty watpe. mesti dok layan movie dgn online. perhh pastu baru terpikir nk no aunty. call balik pokcik. haha lawak nye laa. sbb lama sgt kat luar tu tak tau cemana nak bagi aunty dengar salam aku keh3


so konklusinya, aku tetap akan berkhidmat dengan ayam - ayam yang ada. btw, gaji aku dah dapat and sangat menduka citakan. aku pun tak tau lagu mana dia boleh jadi banyak tu. tapi dorang kata epf, socso benda alah kwsp lagi, baju lagi tu pasal duit jadi sikit. 100 bagi mak, 100 bagi abah, 80.25 kat aku. tapi sebab frust, aku bagi je cek tu kat abah. kira gaji pertama aku macam tak dapat jela. tak kisah pun. cincai.


okey. gua masih cashier kfc. bermakna gua masih sibuk forever. HAHA


WSALAM.

20110210

Tanpa wanita lelaki tiada air tulang belakang~

*bengap gila tajuk HAHA*
tadi mama call. Nashrah pulak nak berhenti KFC. arhh sudah. Semua nak ikut jejak langkah aku.




Ini semua gara - gara lelaki. Demmmzzzz


Belum jadi suami tolonglah jangan control kekasih hatimu overbroad sangat. Orang tu seronok kerja tiba - tiba kau terjah dia. Dan dan tu jugak dia tgh communicate dengan lelaki. Dan dan tu jugak kau nak touching sentap -sentap sampai awek kau call mak dia cakap nak berhenti. C'mon lah, kau ingat Malaysia ni negara kaum sejenis ke? 


Kau tau tak, kau tu dah lah comel dengan Nash. Aku suka tengok tau tak. Aku lagi suka kalau kau jadi kahwin dengan dia. Okey terlalu muda untuk bercakap pasal kahwin. Tapi HEYY , like I care.


Kau tau tak aku tengah angkat ayam pucat dari kuali tadi tiba -tiba mamat Mexico melalak2 suruh aku angkat telefon. Kau faham tak aku patutnya tidur sekarang sebab kejap lagi aku pergi kerja. Kalau aku tak tidur aku jadi tak semangat tak kerja. Kau tau tak, lepas mama call tadi jugak dan dan aku sakit perut. KAU TAHU TAK BETAPA BANYAKNYA EFFECT KAU KE ATAS HIDUP AKU ?????


okey fine. berhenti marah Naquiah. Tak, aku tak marah. Aku geram. Nampak tak kembang kempis hidung aku? CEPAT CAKAP NAMPAK !


Hey Am, takmo la camni. Sudah bertahun (ceh baru setahun) aku setia menemani kau dengan Nash. sehinggalah aku pun berjaya ditemani keh3. Janganlah macam ni beb, muka dah comel perangai pun kenalah comel. Kan dah warn dulu SILA JAGA NASHRAH MOLEK kalau tak JANGAN HARAP NAK KAHWIN. Kau ditemukan dengan Nashrah bukan untuk buat dia menangis 24/7 lagi-lagi untuk buat dia MC @ TAK MASUK KERJA ! Aku fikir dah habis sekolah kau dah tak buat dia menangis. Dia tu dah lah jiwa lembut. Tapi wa tabik la, selembut -lembut dia pun masih kental drive Hilux mahu pun Exora semata-mata nak bawak aku makan Mekdi. Keh3


Tapi apa - apa pun terima kasihlah. Sebab kau aku pun MC hari ni. Weeee~ :D



Ehemm ; Pergi meranggi dengan Nash in order to comfort her :)

20110129

#1

dulu saya ada teman. teman yang sangat rapat. antara kami bagaikan tiada rahsia. boleh kata kami ni childhood friend. dia anak murid favourite mak saya. 


ditakdirkan kami berjumpa kembali masa tingkatan 3. dia pindah sekolah. kami sekelas. saya pun takdela ingat sangat dia. tapi memori lama tu takdela hilang sangat kan. lagi2 sekelas, semua dapatlah reveal. kami go through the year happily dan got flying colours for our PMR :)


masa form 4 saya tak sempat masuk kelas 4 Amanah sebab dapat offer ke SMK Jalan Tiga Bangi under scholarship Yayasan Selangor. sempat duduk asrama 3 hari je pastu keluar. Saya dengan dia pun separate semula.


ditakdirkan lagi, dia rupanya pindah ke sekolah yang sama. dia tak bagitahu pun. rupanya mak saya pakat dengan ayah dia apatah sampai dia msk sama sekolah dgn saya. emm relationship family kitorang mmg sgt baik. ayah ibu dia ayah ibu saya jugak, mak abah saya mak abah dia jugak :')


everything is fine masa awal2 tahun. mungkin dah takdir. friendship kami goyah. mungkin tak dapat keberkatan, ramai orang tak senang hati dan...salah kami sendiri. mungkin saya. okey saya tak kan salahkan dia sebab sampai sekarang saya tak tahu dan tak pernah dengar penjelasan drpd dia. boleh saya katakan, saya tak tahu apa yang dah jadi sampai jadi begini.


satu hari, dia cakap dia dah ada teman wanita. saya okey. saya mintak barang saya. saya dah lama pulang dia punya. takdela pulang. cuma mmg awal2 dah suruh dia pegang dah sebab saya ni seleder. seleder is in jawa. meaning , careless or suka letak barang sepah - sepah. dia cakap dia taknak bagi sbb dia cakap dia tak lama dengan girl tu. dia suruh saya tunggu dia -.-


kami okey je, still macam biasa cuma tak berapa nak biasala kan. contohnya macam saya nak keluar mak dah tak boleh cakap , "A ada? kalau A takde takyah la keluar, "
okey dah cukup la intro yang melankolik ni.


benda yang sangat mengganggu gugat hidup saya sekarang. barang saya tidak dipulangkan lagi. oh mesti anda akan cakap, PADAN MUKA KAU QUYA, SAPA SURUH KAU BAGI DIA. kan? act, saya tak bagi. memandangkan situasi kami dulu seperti kembar di dalam kelas, makanya beg saya adalah beg dia dan barang di dalamnya we might consider as his jugak la kan. dia amik. barang yang amat bermakna untuk saya. dan ... okey cukup. tak mampu saya teruskan.


cukuplah. apa yang saya nak beritahu, terima kasih kepada S yang menjadi punca. Sungguh, Demi Allah saya tak pernah kisah awak menjadi pasangan dia. ditakdirkan pulak saya berpindah dan sekelas dengan awak. What A Coincidence kan. Tak dapat dinafikan hati saya cemas masa tu tapi saya tak berapa kenal awak. tapi saya anggap awak baik jugak macam A. saya tak follow pun cerita tentang awak dengan dia, mahupun tentang dia. tapi ada jugak mulut2 yang mereport sebab mereka tak tahu apa yang dah jadi. saya tak tahu pun awak clash dengan dia ke, dating dengan dia ke. saya tak tahu pun awak pergi tengok wayang dekat Mines dengan dia, tapi kalau dah takdir nak bertembung, masih salah saya ke? okey saya admit, saya nampak awak dan dia dalam bas masa hujan ,tapi saya tak naik pun bas tu. kalau saya naik mesti awak kata saya spying kan?


Tapi Allah tu Maha Adil. Mungkin inilah yang dinamakan kafarah untuk dosa masa2 lalu. saya terima dengan redha segala 'pujian', 'kata-kata manis' dan 'ihsan' yang awak berikan sepanjang setahun saya di Abdul Jalil. saya tak pernah expect benda2 buruk macam ni akan jadi dalam hidup saya, masa tahun saya periksa besar pulak tu. tak keterlaluan kalau saya katakan, lebih manis rasanya dibuang sekolah di Bangi dulu daripada diuji dengan minah - minah tipikal di sekolah lama yang sepatutnya tak asing buat saya.


sekarang saya nak semua benda ni selesai. sepatutnya tahun lepas dah selesai. tapi saya tak tau apa rancangan dan motif mamat pisau cukur mydin ni. sudahlah segala (dua benda je) hak milik saya tak dipulang. atau dalam erti kata lain, memang dari dulu dah mintak tapi dia bagi macam2 alasan nak dipulangkan. dan S, dia mengugut saya supaya tak diganggu teman lelakinya. Demi Allah, saya tiada nombor A. Nombor S pun saya tiada, jadi, setiap kali S mesej saya akan bertanya ini siapa.


hari tu ada saya beranikan diri meminta no S dari seorang teman. Sungguh, rasa nak gugur jantung saya. mana taknya, dah macam Osama Bin Laden contact George W . Bush kot, memang cari bala. saya mesej untuk mintak no A. dan S menjawab untuk apa? saya katakan untuk selesaikan masalah ni sendiri. dan saya sangat memerlukan hak milik saya. S enggan beri nombor atas alasan, A accident. saya pun okey, dan sangat hampa.


mungkin ditakdirkan lagi, saya terjumpa seorang kawan sekampung A dan kami bersembang. entah macam mana, dia beritahu baru lepas main futsal dengan A. okey hati saya sangat sakit. betul A accident, tapi dia tak cedera, motor je. 


hampir 3 tahun benda ni berlanjutan, mungkin dia semakin membenci. apa punca dia membenci saya kurang pasti. tapi saya boleh agak, mesti buah hatinya ada bercerita tentang saya. masakan dia boleh mesej saya secara tiba - tiba(beberapa minggu selepas dia mesej dan beritahu tunggu dia dan jaga diri), dan lebih kurang berbunyi begini, 


"kau nak apa lagi dari aku? kau buat apa kat awek aku? kau tak pernah terfikir ke apa yang kau akan dapat bila kau buat kitorang macam ni"

kebetulan saya di hospital tengah tunggu turn untuk brain scan. jadi semestinya handphone bukan di tangan saya. lalu dia mesej lagi,


"apasal kau tak balas? cuak ke? "

mungkin 30 minit selepas tu kot baru saya balas. omakkau. dah pandai kau aku sekarang. dulu sopan je panggil Quya. hati saya rasa macam dilanggar jentolak, remuk betul rasanya. saya rasa dah hampir berbulan saya tidak 'usik' buah hatinya. saya dah pandai kawal perasaan iaitu biarkan dia mesej saya sampai ber page - page tanpa balas satu pun, atau lebih tepat tidak sempat membaca dah delete. saya masih ingat lagi mesej terakhir dia,

"kita setel wey, 0 -0 . aku dah jumpa end of this wey"

sangat lega hati saya membaca. seperti biasa saya tak balas. masuk kelas pun hati tak cuak2 dah, telinga dah tak berapa nak sumbat earphone sangat(dulu S dan kawannya suka memerli subjek tambahan yang saya ambil), S pun dah pandai senyum pada saya. namun ada satu saja yang tak mampu saya lakukan, senyum semula kepadanya.

jadi saya agak keliru apa yang saya dah lakukan sehingga dia mengugut saya begini. saya cuma katakan yang A hanya dengar dari sebelah pihak dan tidak berada dalam situasi saya. saya dan S bertelagah di Hulu Langat tapi A? boleh bergembira dengan kawan - kawannya, bermain bola dan belajar tanpa rasa disisihkan. SAYA? Tuhan saja yang tahu. Saya tak boleh bermain hoki kerana entah kenapa tiba -tiba S masuk sedangkan dia tidak pernah bermain untuk sekolah, dan saya sukar untuk membuat pembentangan ekoran ada suara - suara mengejek dari belakang -.-

A boleh percaya kata - kata buah hatinya kerana bak kata Jijie, The Power Of Love. Haha. Hampir dua tahun saya menderita kerana perbuatan A, banyak yang tak dapat saya lakukan kerana hak milik saya padanya. A pulak dah langsung tak ambil kisah. hari tu saya tekadkan diri untuk berjumpa dengannya, tapi saya tersungkur. tak mampu saya nak berjumpa dengan masa lalu yang membawa saya kepada kehidupan yang porak peranda, apatah lagi dengan segala kata - kata dan maki hamun yang dia lemparkan pada saya. 2010 adalah tahun yang paling mencabar buat saya.

Kalaulah saya masih di Bangi, mungkin keputusan peperiksaan saya boleh maintain dari awal tahun. mungkin juga saya tidak akan pernah merasa FAIL untuk Biologi. tapi itulah yang saya katakan tadi, kafarah yang Allah hadiahkan untuk saya merasa nikmat menjadi hamba-NYA. saya sangat bimbang akan mengecewakan Mak dan Abah saya untuk SPM tahun ni. mungkin saya tak mampu nak capai 11A seperti abang. saya menyesal kerana lambat bangkit dari kekecewaan, saya menyesal kerana ada perasaan risau dan tak suka masuk ke kelas, saya menyesal tak menjaga kesihatan saya dengan saya dengan betul. 

Wahhhh. panjang betul saya taip. tak sedar kot. dah lama saya nak luahkan tapi saya bimbang diri saya akan mengimbau masa lalu dan seterusnya men'down'kan hari-hari saya. tapi sekarang saya nak bangkit, sampai bila perlu saya takut dibayangi kisah silam? sampai bila saya perlu bersembunyi kerana takut disakiti orang? sampai bila saya perlu bersedih mengingat kisah-kisah yang meragut kebahagiaan saya? tak mampu saya untuk berduka seumur hidup hanya kerana seorang lelaki bercap pisau cukur Mydin.

saya benar - benar berharap A akan sedar dan kembali kepada A yang saya kenali dulu, yang warga Abdul Jalil pernah kenal dahulu. seorang penyanyi nasyid, seorang yang menjadi role model kepada pelajar lelaki  di sekolah, seorang yang boleh memberi tazkirah kepada yang lain, seorang pelajar top yang amat digemari oleh cikgu - cikgu untuk dibuat menantu. keh3 itulah A.

eh saya tak cakap yang saya nak A kembali kepada saya sebagai kawan sejati yang dia sering katakan dulu apatah lagi kekasih. sekali dia buat sampah, tak mustahil dia boleh buat lagi. saya cuma mahu, peperangan dingin antara kami selesai dengan cara baik dan senyap sebagaimana dia meninggalkan saya, dan hak milik saya dipulangkan.

sekarang tolong bagi saya idea macam mana saya nak berhadapan dengan mamat hati batu ni?

mekaseh.

Ehemm ; tak berniat untuk meraih simpati tapi kusut cemana nak amik balik barang aku wey ! aku fail bila nampak dia ! sheeeetttttt

20110123

Apa benda tu ?~

Hai . hehehe
tak tahu nak buat opening macam mana.


semalam kerja. macam biasa la kan. hari jumaat hari tu MC menegejut. lutut jendul. kecelekaan pertama di tempat kerja. dekat lutut accident pulak tu. jadi dah rugi 6 jam. 6 dara b 4 ,maka rugilah 24 ringgit. tapi kira dah cover la kan masa Thaipusam haha tibohh -.-


semalam syif pukul 4 ptg sampai 10 malam. jap jap. nak bagitau ni. ni sebenarnya entry seram. tapi tak tau kenapa rasa macam tak seram langsung. emm okay abaikan. dah dah ,fokus balik. pastu kerja jela macam biasa. semalam orang luar biasa ramai. sampai ayam habis sebelum waktunya. jadi terpaksa lah COOK PEOPLE buat kerja extra walaupun sepatutnya dorang dah boleh tonggeng2 bontot makan ayam sambil usha cctv. saje je nak bagi orang dalam panas.


nak dijadikan cerita semalam adalah hari yang paling lama buat saya. toleh2 jam macam tak bergerak langsung jam tu. rasa macam dah amik ramai customer tapi .. jarum masih di situ jugak. tension betul. rasa lama lama lama gila.


semalam jugak ada customer datang mintak DOUBLE CHEESE BURGER. apakah? tidak kurang ada yang meminta HAPPY MEAL. tak tahu ke diorang yang Encik Colonel dengan Ronald McDonald bukan sekufu. diorang dah bercerai talak tiga masa kecik2 dulu sebab Encik Colonel nak jual ayam je tapi Ronald McDonald nak jual burger daging. last- last dorang pergi Mahkamah dekat White House mintak cerai sebab dah tak sebulu. yelaaa, bulu ayam dengan bulu lembu mana sama.


okay2 dah dah cerita pasal sejarah. lepas maghrib semalam memang banjir KFC dengan customer. dah malam2 camtu ada yang mintak barrel (21 pcs), bucket (5-9 pcs), family feast sampai dua set (15pcs) pastu nak tambah set variety bucket lagi. ayam dahlah memilih. last2 tinggal chicken wing je. gelap masa depan dia tak dapat terbang duduk dalam island je. dipendekkan cerita, 10.30 jugakla punch card keluar, duit excess 50 sen. ehehe bangga kejap sebab tak shot. Miss manager bagi amik meal banyakkkk hehe. fries la, twister la ehehe. 


jadi masa balik saya perlu melalui hot spot hot spot. first yang kat dpn ladang yang anjing bertabur tu, second dekat bukit ampang tu. alaa yang boleh nampak KLCC tu. yang selalu banyak kereta tersadai tu. tapi pelik sebab dia tak wat emergency signal. betul ke rosak? haa itu yang kita tak tau. cuba try jengah tengok dari cermin isi dalam kereta nak? ehehe


sebenarnya ada dua hot spot je. tapi semalam ada tiga. ingatkan mata saya yang salah. saya nampak hitam je. dia ada kat belah kanan. dia hitam . hitam betul tapi saya masuh boleh nampak walaupun keadaan gelap. tiba - tiba teringat cerita Khurafat yang tak seram tu. saya perhatikan lama - lama, benda tu terbang. Masya Allah ! meremang bulu roma. mata masih tak dapat alihkan, tetap di situ macam memaksa saya melihat dia beraksi. mungkin dia nak buat wheelie atau wikang. atau mungkin nak tukar lane, nak balik saing dengan saya -.-


last2, pandangan terusik (cehhh apahal ayat pelik ni) sebab ada kereta muncul dari belakang. fikiran macam terawang - awang. macam tak mampu nak digerakkan. perhh balik tu macam blur. pastu macam . macam - macam. ini first time ni. hari ni syif sama jugak.


waaaa bila aku boleh kahwin ni ? senang ada suami jemput ! waaaaaa


Ehemm ; tapi rasa macam nak jumpa lagi hari ini . semalam tak jelas 

20110117

Its all about my BF ~

hai people. hari ini saya off day. lega rasanya :)
mana ada kerja yang tak penat kan. jadual minggu ni agak mencabar. sehari je syif siang tapi tu pun pagi sampai petang. hari lain lebih mencabar, petang sampai tengah malam. actually, ni yang paling aku tunggu kot kerja malam . ehehe. aku mmg suka malam. sebab ape? itu yang aku memang tak tahu.


well, I don't know what to post. it just, I am missing my GF, the KA. PLKN had took her away from me. and i always unlucky. I can't visit her. cuti takde. perghh polak.

she looks taller in the uniform 
*hey i know i'm shorter !

ouh then I realize, her shoes ! 
*no wonder aunty keep telling if I wear the shoes I'm taller *reslam*

with her only Fatin 
*i've met this little girl at KFC last two days, damnn cute with her tiara!



suppose to have a picture with her on the day
*driving class really pissed me off ! grrr


so its all about my GF. hari tu kan tk dapat tengok so I kirim a dozen of .. eh ten je kot of lollipop. last saturday, she text me. duhh ! why aaa mesti ada obstacles. masa tu tengah rushing pergi kerja -.- so I told her to take care of herself and habiskan lolipop. dia kata tak habis lagi as she had cough and flu. dia kata dia dah gemuk, memang babailah resolution tu kan Khai? HAHA takpe baru bape minggu, let see in a month pulak.

duhh. missing her a lot. since she went there, aunty always texting and chatting with me. we talk about everything. cars. work. hmm poor aunty, missing her only baby. Khai, aku jadi baby mama kejap eh HAHA.

actually hari tu, they came to KFC. Aunty, Pokcik, Pokcik's elder brother and his wife, and the Fatin. first time I saw her. damn! she's so cute doh. no wonder la Kero always talk about her. sedih kot tgk dorang. teringat Kero. dahlah dia baru text pagi tu before pergi kerja -.-

emm so today, I have no idea what to do unless watching the cartoons. bosan kot. okey. thats all for today. thnks for reading those silly story. HAHA

20110115

Key - Efff - Ceee ~

" Hai selamat datang,"
"Apa khabar, boleh saya bantu ?"
"Makan sini ke bungkus ?"
"Ayam spicy ke original ?"
"Nak air tak ?"
"Okey order anda sejuta cheezy wedges, Jom Jimat Set A, B ,C , air Pepsi setong"
"Semua sekali 4 juta setengah duaploh lima sen"
"Terima kasih, sila datang lagi, enjoy your meal ! "

Salam. HAHA. semangat aku nak update blog hari ini. Baru 4 hari takupdate rasa macam dah sebulan. Well, aku sekarang kerja KFC. Dekat mana? haa itu yang kita tak tahu. Aku apply sesaje atas cadangan Encik SuperHero dan desakan family yang dah berbulu mata asyik tengok aku bergolek tengok Hagemaru, Ninja Boy dan seangkatan dengannya.

Memandangkan mak mencabar saya membeli sebuah kereta auto yang pastinya, dan tengok abah cam teringin gilos tengok Viva Elite (lagi2 purple) perhhh, membaro semangat di hati nak beli kereta ni ditambah lagi dengan cerita hebak Encik SuperHero yang pernah kerja KFC dulu, sehari 4 henget, dan kawan yang pernah kerja KFC juga sampai dapt seribu lapan pastu kalau buat overtime gaji jadi double ke triple rate (gaji asal digandakan) lagi hape aa, HAA baju kerja SAPLOH ATAU DAPLOH HENGET, lagi apa ehh tak ingat sangatlah. bab gaji paling ingat. sebab masa belum hantar borang dah kira gaji pernah sampai 1920 .PERHHHHH tapi...


percayalah, semua itu hanya FAKE semata - mata . FAK FAK FAK

******

aku takdelah kesah sangat sebenarnya. yang penting aku kerja. dapatla beratus - ratus gak en. oh yang pasal overtime (OT) kan, baru kerja 6 jam sampai nak tercabut kaki aku. depan customer takleh duduk apatah lagi mencanngkung. aku cashier. jadi pepahamla. tapi sekarang macam tak sesabar nak kerja malam. boleh aku membuto lamo sikit. HAHA

aku masih menjalankan tanggungjawab sebagai domestic engineer yang berjaya. aku masih masak sarapan walaupun ..... hehe adik2 aku dah pergi sekolah. jadi mak dan aunty yang bawak bekal. yang penting aku masak lunch. dan yang penting aku dah berjaya memecahkan rekod pergi beli lauk sebab malas tak sempat masak.

sekarang aku kerja 6 jam sehari. tapi ini untuk minggu ni je. minggu depan tak mustahil aku akan terus dapat 10 jam. tak pun sampai closing. Alhamdulillah, aku cepat pick up. dua hari kerja dah dapat buka kaunter sendiri. yang aku dengar dari cashier lain dorang seminggu baru boleh buka kaunter, syukur2 hehe. tapi ingat jadi cashier senang ke, banyak button nak punch, kalau salah punch kena void bermakna kena panggil manager mintak kad void. void sangatlah tak digalakkan sebab ini menggambarkan kecuaian seseorang cashier. aku pun segan kot. tapi takut doh haha -.-

jadi inilah life sekarang. kerja. KFC. dan. entah. berangan kot. aku kerja ni pun sebab nak kumpul duit sambung belajar kat BBC. setakat form 2 je tak cukup. haihh paling kurang kena ada 6K kat tangan. haritu dapat offer ajar anak mat salleh Bahasa Melayu, tapi aku cam tak berani je. tup2 dapat KFC lak en, hoho. sekarang aku tgh tunggu request untuk kelas Bahasa Arab. ini idea mak la ni. aku follow je.

esok kerja pagi. cehh padahal hari2 pagi.

okey. salam.


Ehemm : memang hangit gila blog aku. kering doh kepala otak HAHA

20110105

BLACKOUT LA BLACKOUT !

salam . well semalam, 4 Januari dah masuk hari kedua sekolah. bermakna hari ini hari ketiga sekolah . bermakna semalam aku masih menganggur dekat rumah jadi BIBIK full time. semalam adalah hari pertama aku memulakan kerja mulia aku tu memandangkan masa 3 Januari aku tak dapat melaksanakan tanggungjawab aku dengan sempurna sebab GAS HABIS ! yeeee haaaa ! HAHA 


lepas aku bantai sambung tidur sampai pukul 11 semalam, aku pun start buat semua kerja tu dengan selembab yang mungkin. kenapa aku cakap camtu, sebab pukul 1.30 baru aku siap kot. HAHA selooww gilo. usha jap meh,

wooo sucinya

bagi bernafsu sikit nak makan tuang ketchup

hitam legam masak kicap madu ayam

sawi cino tumis biasa

KOYAK. tersungkur saat2 akhir mengangkat telur ke atas pinggan -.-

ovaltine blended slurrpppp

bagi lebih membazir tambah serbuk utk kelihatan lebih bernafsu

tukang masak kena makan lebih 


pastu dah masak dapur habis kecah. asal lepas basuh nak letak barang yang baru dibasuh, benda lain tercampak - campak ke bawah . WHATTHEHE betul. tu yang malas masak tu. dapur kecah habis kecoh. nasib baik semalam masak sedap. abah dah boleh bangga lah kan. kalau tak aku lah yang paling makan hati. asyik - asyik ungkit. 

"PENGAKAP RAJA TAIK KUCING ! MASAK PUN TAK RETI" lalu ditokok oleh emak, 

"KANG MAK HANTAR KAU MASUK HUTAN SURUH BUAT LUNCH HARI- HARI TAU LAH" dibidas oleh saya (tukang masak)

 "KALAU MASUK HUTAN SAPE PULAK NAK HANTAR ADIK PERGI TUSYEN? OH LAPTOP TU BAWAK BOLEH? TAK HABIS REPAIR LAGI" 

DIAM SERTA MERTA :)
hehe . ILOIKEEE ! :D

pastu petang bantai tidur lagi. tengah sedap tidur berjemaah dengan Rafiq mak call. 

"BUDAK TUSYEN MASUK PUKUL 5 ! TAKE OVER KEJAP . AMPANG JEM"

"OKEY - OKEY"

pastu tidur balik .sebenarnya nak tidur sekejap je. BETUL NI, TAK TIPU ! CEPAT PERCAYA ! sedar2 kereta masuk garaj. demzzzz ! celik mata rumah gelap gila. bangun2 je terus keluar sebab takut mak marah. tapi memang mak dah marah. HAHA lepas tu cakap dgn nada lebih tertekan (ke aku menjerit haa tak ingat dah) 

"BLACKOUT LAA BLACKOUT !"

" HAA BLACKOUT ?"

"JAP AKU PERGI REPAIR" nada penuh confident dan bangga dgn ke'terroran' yang ada

serius saya masih belum habis tempoh mamai. istighfar banyak kali sebab sedar ni yang diri masih mamai. japgi tengok rumah tingkat aras meriah berlampu. masuk rumah tusyen, lampu kipas bolah bukak. budak2 dah tunggu kot HAHA. sebenarnya mana ada black out, siapa suruh pergi bantai tidur pintu tutup semua. HAHA sampai sekarang mak tak tahu lagi ni sebab segan nak bagitau HAHA

HAHA okey babai.

20110103

Starving~

hai . selamat pagi . 
semalam best . cari barang sekolah . adik
memang best oh . nanti upload ,penat -.-
SuperHero terima kasih for the day.
terima kasihlah layan adik tu dengan jayanya.
HAHA dan layan kakaknya jugak :)


baru balik hantar adik sekolah .
tu la kan, dah habis sekolah pun same je.
kena kejut orang bangun lagi ,mengantuk oh.
dahlah pergi ekolah pagi sangat . gelap2 dah keluar.
okeylah budak PMR punya resolution kan .
first time Rafiq tak duduk asrama, batak lebih sikit kot.
dia mintak pergi sekolah 6.30. gaduh kejap 6.50 baru kuar.
awal tu . sepanjang rekod aku sekolah tak pernah lagi seawal itu.
tadi ajar dia macam mana nak sorok handphone, perlu kot. budak Arab selalu balik lewat. no fix time. kalau kena rampas masaklah kau dik . dahlah pengawas. kakak takde nak backup . hoho


sepatutnya sekarang tengah masak.
tapi gas habis . nasib memang baik.
ahaha


oh mengantuk oh, kejap lagi nak hantar Girlfriend pergi PLKN.
woooo mesti rindu rindu nanti .
Kero ,please take good care of yourself ! janji tau mesti kurus ! :)
best of luck for you ! mesti aku tertunggu gila kepulangan kau ! (ceh ayat geli)


lepas tu nak pergi Kota Damansara.


lepas tu driving class.
dahlah lepas Zohor, bila aku nak cover tidur ni -.-


tusyen pulak dah start.
malam pulak, tk heran tv pun.
tapi heran pasal tidur -.-
mintak student tahun ni tak mengada lebih.




Ehemm ; azam tahun baru nak jadi CIKGU MITHALI kahkahkahkahkah



20110101

2010 and Get Away, 2011 Come in

finished my 2010 with full of achievement and memories.
last night, there are a lot of messages (which I only reply one) knocking my phone.


Mama ; Kami berbangga seorang Siti Nur Naquiah pernah hadir dalam keluarga kami. Kami berbangga seperti mana SMKAJ megah memilikimu. Moga terus maju dunia akhirat. Tahniah kepada Puan Masiah kerana melahirkan anak hebat ini. Selamat Tahun Baru. We love you. Mama and Abah.



Me ; Terima kasih. Rasa syukur dipertemukan dengan orang sebaik mama and abah, family baru yang turut membantu dan menyokong jatuh bangun seorang Naquiah. Moga silaturrahim berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. I love you too <3

SuperHero ; Oh dear, I harap U dapat tidur dengan nyenyak and 6 years coming you will be my princess HOHO 



Me ; Tak tau nak balas ape. speechless banyak. terkejut bangun pagi - pagi ada mesej. HAHA. well, KENAPA UCAPAN JIWANG? BOOOO~ thanks for coming in my life. thanks for being tough enough to face the mos-wanted-hardcore-criminal. and you had melded her. HAHA if nothing impossible, insyaAllah we can make it. just ignore those people, lead our own way. I BELIEVE IN YOU.


for others yang texting and wish me, THANK YOU PEOPLE and I am sorry for not replying. doesn't mean I hate you or forget you but I sleep early last night HAHA. sorry too for you guys yang ajak tengok fireworks dekat somewhere (which I dont know), my BodyGuard tak lepas keluar lah sebab I just coming back from merayau on maghrib. itulah, cakap lambat kalau tahu tak balik terus HIKHIK. 


oh gumuknya dia 0.o

So 2011 is here, more goals to score ! and I wouldn't change any single thing about 2010. It was such a good teacher for me. Thank you for the sweet-sour-bitter memories. I'll keep it in my memory lane. Stay tuned on my site, more story and thingy for you guys. BHAHA.



okay. see you. The hunger is too hungry.


Ehem ; Nak hantar Khairin pergi airport. eh, ohok. belum lagi, nak hantar Khairin pergi PLKN. Nak cari kerja sementara tunggu Girlfriend balik dari kem tahanan. sobs3

20101230

Finally ~

Salam. Hai Peoples.
So, it has been almost a month after SPM which I just done with my ELEVEN YEARS being a school kid. Lama gila sebelas tahun tuuu -.-


Okey actually I wanna say that I am quite boring. Oh no, DAMN BORING. I want to work but arhh minah memilih memang susah gila nak dapat kerja. I heard Nashrah wanna work at Big Apple then I said I want too ! Then Syiera wanna work at Bukit Bintang as Metrojaya Promoter (padahal sebelum ni cakap segan nak jadi promoter) so I said, yeah aku join kau! and last three days Mices bagitau she gonna works as an Operator at Hong Leong Bank as her aunt work there. And then I realize that I really want that job too. No mall, no apron and no white uniform. Just sit at the office, angkat phone call, wear formal attire, paling penat pun sebab duduk lama sangat or too much calls from clients(but this is rare) and gaji paling kokak pun RM 1000 itu belum campur over time. Kerja fast food pun belum tentu dpt macam ni, apatah lagi promoter dekat mall -.-


so I fill my hols with hmm mengabehkan duit yang ado ke serata Kuala Lumpur of course, babysitter for sure, batch trip to PD(will be updated soon) and meet the gaymate hoho itu je. eh ada lagi meet the SuperHero everyday (almost).

dan hari ini baru jumpa internet. okay wanna meet the only HIM kejap. lps Isyak I will be back. Salam :)