Showing posts with label Jiwang keparat. Show all posts
Showing posts with label Jiwang keparat. Show all posts

20110417

Twinkle Away~

Jaun mindaku melayang 
Terkenangkan dirimu sayang
Kau pergi, ku sendiri
Kini kau kembali.


Terpaku melihat wajahmu
Wajahmu melodrama hatiku
Kau putuskan untuk pergi dulu
Terganggu siaran radioku.


Ku terbias melodi hatiku
Yang hadir setiap waktu
Ku benci ilusi darimu
Kau diam membisu.


Jangan biar ku sendiri lagi
Oh kasih dengarlah rayuan ku ini
Kasihku terhadap dirimu kasihku
Bintang - bintang di angkasa


Tidakkah kau tahu
Isi hatiku
Kau serah tinggalkan aku
Seperti dahulu


Jangan biar aku sendiri lagi
Oh kasih dengarlah rayuan ku ini
Kasihku terhadap dirimu kasihku

Twinkle twinkle away.


Ehemm ; for you, for me, for us. For God sake, I am truly sorry for the misbehave. I never saw you in that way. I am sorry. I am just, hmm hate to give explanation :P
btw, boleh confess tak?

I love you Fakhrur.

okey end. blueeekkkk ;D

20110227

Cincin sudah di jari~

yesterday was really something. SOMETHING?


yes it was. starting my day with the future family (ececey), but I am doing a S*T*U*P*I*D S*I*L*L*Y mistake. dem. okey next time kena improve lebih. BANYAK.


and end up my day with family angkat. merasa jugak saya turun donton (downtown). kecoh betul bila mama abah takde. haha


hm.rasa macam nak admit sekarang, tapi belum sedia sepenuhnya. lol. tapi apa - apa pun family dia sangat sangat baik semalam. rasa mcm nak tugel (cabut) je kepala semalam. dan dan dia nak dtg hypo punya petanda sikit, migrain sikit. dahi chek berpeluh takyah cakap la. terpakasala "awak awak, ada tisu tak ?" keh3. kelakar la bila ingat.



mujur dia perlu keluar cari asam jawa, dapatlah saya meloloskan diri sekejap. yelaa, daripada duk sorang2 kat dinding, tengok2 jam, tengok henfon sambil delete mesej "OK" yang banyak baik saya keluar ye dok? terima kasih bagi saya ruang sekejap dan faham situasi saya. walaupun jarak hanya beberapa kilometer je, tapi memang masyuk aa dapat tidur. bangun2 je saya tanya "kenapa drive cepat sangat " KEH3 lupa pulak nak pergi kedai beli asam jawa bukan nak pergi Pavilion atau Fahrenheit cari kasut pempuan.lol -.-


sehari sebelum pergi buat keputusan sangat last minit. maksud saya, tak fikir langsung apa akan terjadi esok dan apa yang patut saya buat. saya cuma katakan setuju dan tidur walaupun dalam hati dah sangat rebel dan paksa tarik balik keputusan. tapi saya sempatlah fikir sebelum terlelap, kalau terlepas sekarang, akan datang kena hadapi benda sama jugak. tawakal jela.


saya rasa sedikit tersentuh dan terharu tengok orang bertunang semalam. teruja bila tahu ini adalah first love. mula-mula bahagia kan, nanti kahwin mesti banyak dugaan. tapi saya doakan Along dan Abang Din berjaya menempuh semua tu. CHAIYOK3! *abg din sangat jambu hehe*


setelah hampir sehari di rumah itu, terpaksalah saya pulang sebab ada class. dalam perjalanan balik, sedang saya mengelamun teringat kejadian daripada berpeluh tahap tak ingat sampai lah bertunang, tiba - tiba dia bersuara, "orang nak awak je, tolonglah pertahankan hubungan ni". tersentak. speechless. sebenarnya saya pun berfikir benda yang sama. Mak saya dah tunjukkan reaksi positif kerana sebenarnya family sgt tidak menyokong dalam hal ini, pihak dia? tak payah cakaplah memang menyokong. cincin sudah dijari, sekarang yang tinggal hanya diri sendiri, saya dan dia. how we manage our *ship.


saya akui dia memang baik. tapi saya masih ragu- ragu, maksud saya pengalaman banyak apatah lagi contoh sekeliling. bersepah. maaf, mungkin ada yang tidak suka tentang entry ini tapi saya cuba nak bercakap dari sudut pandangan saya, pengalaman saya dan apa yang saya rasa. bila masuk bab hati dan perasaan, terlalu banyak kontroversi akan timbul, tak kurang yang mencemuh sebab usia baru setahun jagung.


tapi pada saya, selepas apa yang saya rasa. ini sebenarnya baik dan elok. ini dapat melindungi kaum yang lemah seperti saya. I MEAN PEREMPUAN LAH. boleh saya tanya, berapa ramai lelaki yang sudi menemani seorang perempuan yang me'rempit' sendirian kerana balik dari tusyen atau balik kerja tengah - tengah malam sampai rumah? sedangkan rumah semua tak sehaluan, jarak yang boleh dikatakan agak jauh. heyy, TAK RAMAI.


kalau diberi pilihan, memang saya nak teruskan saja niat di hati ni walaupun masih muda. tapi banyak contoh dalam agama sendiri yang bersatu pada usia muda. TAK, saya tak cakap yang saya nak sangat. tapi mulut orang ni kita tak boleh tutup kan. nampak saya berjalan dengan lelaki dah heboh cerita yang busuk - busuk. siap ngadu pada mak (mak saya seorang guru dan sangat dikenali di kawasan perumahan saya). Mana tak hingak. saya pun tak selesa. pergi kedai makan terpaksa tutup muka dengan buku menu walhal ada teman KEH3


okey. cukuplah setakat ni. dahlah isu yang agak sensitif. haha. apa - apa pun, apa ye? ter kelu pulak. hehe. terima kasih kepada semua yang menggembirakan semula hati saya semalam setelah makan hempedu berminggu lamanya. terima kasih. oh, maaf saya ada selitkan bahasa Jawa sedikit. maklumlah, bahasa harian. hehe


wsalam.


Ehemm ; Along tunang hari ni, Alang nikah esok HAHA lol.

20110225

Bertelur sendiri, mengeram sendiri, menetas sendiri~

dari saya usia 5 tahun, tiada siapa di sisi untuk mendengar keluhan saya.


bila saya keluar bermain, tiada siapa kisah. yang tahu kalau saya lewat balik, tidur luar lah jawabnya.


saya yang terawal masuk sekolah. sayalah yang pertama merasa naik van atau jalan kaki untuk balik dari tadika berbanding dengan adik beradik lain. dan atas usaha saya sendirilah saya membeli chewing gum kegemaran saya dengan menjual belalang. satu lima poshen. tangkap kat padang sekolah. ok dah. tak jadi sedih kang.


umur saya 10 tahun, saya mula terdedah dengan kegawatan ekonomi dan sangat memberi impak kepada keluarga. saya tekad mencari duit sendiri. dulu pertandingan kat sekolah selalu bagi duit. dapat 50 ringgit pun dah heaven.


saya tak pernah libatkan orang lain. masa kecik, saya dapat kawal perangai saya, sikap saya tanpa saya sedar sebenarnya menjadikan saya seorang yg  sgt memendam rasa. saya jadi agresif pun kerana marah dengan jantan jantan keparat yang menganiayai wanita.


saya akui saya cemburu melihat kawan - kawan yang dibelai lebih - lebih lagi dilimpahi dengan kasih sayang dari keluarga. tapi saya jugak akui dan sedar tentang kewujudan Allah dan keadilan-Nya. setiap orang ada gula, ada garam, ada cuka dan ada peria dalam hidupnya. jadi mesti ada keadilan buat saya suatu hari nanti.


sekarang saya 18 tahun. dah 18 tahun saya hidup kat dunia indah ciptaan Allah ni. dalam tempoh 18 tahun belum pernah saya kongsi derita saya. luaran saya memang elok, haih dala. entry ni mcm tk berapa nak tacing pulak.


all I wanna say, kehidupan kita sekarang sebenarnya memang sangat dipengaruhi dengan cerita masa lampau kita. tapi sedar tak, apa yang kita lalui dulu susah untuk diungkapkan dan difahamkan oleh semua orang. apatah lagi bila yang jerih perih itu lagi banyak daripada yang manis dan gembira.


sangat susah nak buat orang paham kita. susah nak bagitahu orang kita tak suka gosok gigi sebelum tidur. lagi susah nak bagitau orang yang kita fobia dengan anak kura - kura. apa yang mampu kita buat? takkan nak tulis dekat about me dalam facebook nanti mesti takde orang add.


kita diam. bukan tanda kita protes, bukan tanda kita kipas-susah-mati dengan pendirian kita. hati kita sakit, hidung kembang kempis tahan apa yang terbuku apatah lagi kisah silam yang merobek jiwa. kita manusia. ada hati dan perasaan. dan inilah subjek dan sakit paling sukar untuk diubati bila terluka. atau lebih tepat bila dah terlalu banyak terluka.


day by day I tried my very best. tapi mungkin sebab saya yang nampak terlalu sempoi dan gembira senang orang nak assume yang saya seorang yang sangat okey. saya adalah orang yang sangat bijak dalam menyembunyikan rasa dan sakit. dulu masa tinggal di asrama, susah nak yakinkan warden yang saya tak sihat. bila dah kena bawak naik ambulans baru cikgu angguk - angguk sambil cakap "teruk rupanya sakit dia tu" lol.


awak.saya bukan tak nak berubah. terlalu banyak dugaan untuk saya. apa yang dah jadi betul2 lemahkan semangat saya which is memang dah tak boleh dipanggil semangat langsung. saya bahagia senang, emosional pun senang. saya sangat fragile. segalanya macam senang menusuk ke dalam kalbu. tapi DEMI ALLAH, saya tak pernah salahkan awak apatah lagi bila saya moody bukan kerana kata - kata awak. cuma kadang-kadang rasa kesal kenapa dilahirkan dalam keadaan macam ni. Astaghfirullah . kafarah ni kafarah . redha redha


bukan tak mahu berubah. tapi ini adalah perkara yg paling rumit. 18 tahun saya sendiri, 18 tahun saya ikhtiar sendiri, dan sekarang saya perlu luahkan semuanya pada awak? tunjukkan saya bagaimana. itupun kalau awak berjaya.




sorry. hands-down.




Ehemm ; lol.lol.lol.eat and share.kah kah kah

20110224

Ini namanya bukti~

  1.  Sentiasa merindui dia.
  2.  Apabila berjalan dengan dia, berjalan dengan perlahan.
  3. Tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
  4. Apabila berfikir tentang dirinya, degupan jantung sederas air terjun selaju ferrari.
  5. Hanya dengan mendengar suaranya, akan tersenyum tanpa sebab sambil tersengih - sengih.
  6. Apabila melihat dia, dah tak peduli orang sekeliling. Apa yang nampak DIA.
  7. Dia sentiasa di fikiran.
  8. Sentiasa terhidu baunya.
  9. Sedar bahawa akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
  10. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda. 


Ehemm ; I can't say much

20110215

Ini pasal BETINA dan LELAKI~

Perempuan. Cukuplah, tak malu hang dok gaduh dengan aku, hingak sana sini sebab jantan? Hang tau dak, maluuuu aku dengan orang tau. Hang dok hingak kat Facebook kenapa? Hang nak semua orang tau ka? Kenapa hang tak pi Sinar Harian sana? Pemes cepat lagi kot.


Bila masanya hang lepaskan dia kat aku? Ada ka aku pi jumpa hang mintak hang lepaskan tali yang hang ikat kat dia? Hang ni laa kan. Palo letak mana? Lutut ka? Hang yang dok kehulu kehiliq dengan dia. Hang love dia sana, love dia sini. Tup2 hang dok kehulu kehiliq dengan jantan lain. Dahtu, dia kecewala. Tang hang nak dia, dia tak ready. Dahtu, tang dia nak kat hang, hang dok kata. Nak jadi kawan, adik beradik angkat. yalaaa, hang kan ada yang lain, depan - depan lagi. 


Hang tau dak, dia banyak tolong aku. Tak salah kan dia tolong aku? Hang pun bukan bini dia. Pandai hang dok ungkit, beli baju hujan la, bukak puasa la, beli barang jamboree la. perhh. detail lagi. Ada ka kekasih hati boleh beritahu awek dia yang dia dok keluar dengan betina lain untuk beli baju hujan? KAH KAH KAH.lol. Dahtu, lagu mana yang tak kena? Yang hang dok terjah aku, maki aku sana sini, hang ingat aku lupa ka mesej hang yang berapa muka tu? Untunglah aku tak sempat hayati mesej tu sebab dia takut aku sedih jadi dia delete. OKEY READERS, SILA MAINTAIN DENGAN DIALEK UTAGHA.


Lain kali hang jangan dok hingak sangat. Awatlaa lagu tu. Hang tengok sekarang dia melekat dgn aku sebab kecewa dengan hang. Dah hang reject dia. Hang dah ada orang sayang, dah ada orang jaga, boleh suap hang makan, boleh hang salam dok cium tangan muuuahhh muaaahhh. Tak cukup ka? Eh dakk aihh aku tanya bukan sebab jeles tapi aku kalau boleh pun nak bagi dia dekat hang.


Awatnya hang suka komen aku, mesej aku kata aku Gelifriend dia. Heyy, alert sikit . aku BINI dia laa. KAH KAH KAH .Lagi satu, awatnya hang cakap hang dok lepaskan dia untuk aku walaupun hang 'cayang' dia sangat2? Hang dok kata hang putus hubungan dengan dia sebab aku. hang memang sungguh naa sayang dia, tapi apa hang dah buat? Kalut la hang ni -.-


Hang pandai cakap tak nak gaduh lagi. Tapi hang baru je buat lagi. Pastu hang dok ulang lagi yang hang taknak gaduh lagi. Apa cita ni? Chek kan, rasa hot-panas je dengan hang sebab hang dah kata taknak tapi buat lagi.lol lagi sekali -.-


Bila hang boleh puas hati naa? bila chek buat status IN A RELATIONSHIP macam hang ka? eh dok aihh. tak  meletup wallah ! chek nak letak MARRIED WITH la. abang ipaq dia pun chek dah kenai, umi dia pun chek dah salam cium tangan muuuaahh muuuaahh. kira takda hal la kan? awww yulk -.-


Kalau hang kata hang sayang dia, chek pun nak cakaplaa publicly figurely (OMPUTIH UTAGHA VERSION). Chek, Sitinuquiya sayang 'Abang sayang' chek, buah hati pengarang jantung chek, pasemboq chek, paracetamol chek, menstruation pill chek, F.Rz. M.Nor. Sekian.







Kalau boleh putaq masa, takda aku dok tegur mamat tu suruh belanja eskrem. Menyesal2 -.-


Ehemm ; but SuperHero is always Super

20110211

Tau tak harimau mengaum sebab tak bahagia? ~

Hmm. Pagi tadi jumpa bahagia. Semalam jumpa bahagia. Kelmarin pun jumpa bahagia. 


Kalau boleh lepas ni, tak nak kerap jumpa bahagia. Bahagia umpama bunga di Taman DBKL. Kalau kau gedik tangan pergi petik, habis rabak poket kau nak bayar compensation.


Bahagia macam jelly baby ke jelly baby. Entah. Yang pasti, ramas dengan tenaga lebih 1kJ pun dah boleh hancur lumat. Ramas guna jari baby pun boleh dah. Bahagia jugak macam minyak tuti motor Ego aku. Lewat ganti mulalah mengaum macam harimau tak dapat mengawan.


Eh sudahlah. Nanti kerut dahi banyak - banyak pelik pulak customer yang datang KFC esok. Kerja setakat ambil order je pun, bukan layan customer complain. Alahai bahagia.






Sakit jantung I.