20110227

Cincin sudah di jari~

yesterday was really something. SOMETHING?


yes it was. starting my day with the future family (ececey), but I am doing a S*T*U*P*I*D S*I*L*L*Y mistake. dem. okey next time kena improve lebih. BANYAK.


and end up my day with family angkat. merasa jugak saya turun donton (downtown). kecoh betul bila mama abah takde. haha


hm.rasa macam nak admit sekarang, tapi belum sedia sepenuhnya. lol. tapi apa - apa pun family dia sangat sangat baik semalam. rasa mcm nak tugel (cabut) je kepala semalam. dan dan dia nak dtg hypo punya petanda sikit, migrain sikit. dahi chek berpeluh takyah cakap la. terpakasala "awak awak, ada tisu tak ?" keh3. kelakar la bila ingat.



mujur dia perlu keluar cari asam jawa, dapatlah saya meloloskan diri sekejap. yelaa, daripada duk sorang2 kat dinding, tengok2 jam, tengok henfon sambil delete mesej "OK" yang banyak baik saya keluar ye dok? terima kasih bagi saya ruang sekejap dan faham situasi saya. walaupun jarak hanya beberapa kilometer je, tapi memang masyuk aa dapat tidur. bangun2 je saya tanya "kenapa drive cepat sangat " KEH3 lupa pulak nak pergi kedai beli asam jawa bukan nak pergi Pavilion atau Fahrenheit cari kasut pempuan.lol -.-


sehari sebelum pergi buat keputusan sangat last minit. maksud saya, tak fikir langsung apa akan terjadi esok dan apa yang patut saya buat. saya cuma katakan setuju dan tidur walaupun dalam hati dah sangat rebel dan paksa tarik balik keputusan. tapi saya sempatlah fikir sebelum terlelap, kalau terlepas sekarang, akan datang kena hadapi benda sama jugak. tawakal jela.


saya rasa sedikit tersentuh dan terharu tengok orang bertunang semalam. teruja bila tahu ini adalah first love. mula-mula bahagia kan, nanti kahwin mesti banyak dugaan. tapi saya doakan Along dan Abang Din berjaya menempuh semua tu. CHAIYOK3! *abg din sangat jambu hehe*


setelah hampir sehari di rumah itu, terpaksalah saya pulang sebab ada class. dalam perjalanan balik, sedang saya mengelamun teringat kejadian daripada berpeluh tahap tak ingat sampai lah bertunang, tiba - tiba dia bersuara, "orang nak awak je, tolonglah pertahankan hubungan ni". tersentak. speechless. sebenarnya saya pun berfikir benda yang sama. Mak saya dah tunjukkan reaksi positif kerana sebenarnya family sgt tidak menyokong dalam hal ini, pihak dia? tak payah cakaplah memang menyokong. cincin sudah dijari, sekarang yang tinggal hanya diri sendiri, saya dan dia. how we manage our *ship.


saya akui dia memang baik. tapi saya masih ragu- ragu, maksud saya pengalaman banyak apatah lagi contoh sekeliling. bersepah. maaf, mungkin ada yang tidak suka tentang entry ini tapi saya cuba nak bercakap dari sudut pandangan saya, pengalaman saya dan apa yang saya rasa. bila masuk bab hati dan perasaan, terlalu banyak kontroversi akan timbul, tak kurang yang mencemuh sebab usia baru setahun jagung.


tapi pada saya, selepas apa yang saya rasa. ini sebenarnya baik dan elok. ini dapat melindungi kaum yang lemah seperti saya. I MEAN PEREMPUAN LAH. boleh saya tanya, berapa ramai lelaki yang sudi menemani seorang perempuan yang me'rempit' sendirian kerana balik dari tusyen atau balik kerja tengah - tengah malam sampai rumah? sedangkan rumah semua tak sehaluan, jarak yang boleh dikatakan agak jauh. heyy, TAK RAMAI.


kalau diberi pilihan, memang saya nak teruskan saja niat di hati ni walaupun masih muda. tapi banyak contoh dalam agama sendiri yang bersatu pada usia muda. TAK, saya tak cakap yang saya nak sangat. tapi mulut orang ni kita tak boleh tutup kan. nampak saya berjalan dengan lelaki dah heboh cerita yang busuk - busuk. siap ngadu pada mak (mak saya seorang guru dan sangat dikenali di kawasan perumahan saya). Mana tak hingak. saya pun tak selesa. pergi kedai makan terpaksa tutup muka dengan buku menu walhal ada teman KEH3


okey. cukuplah setakat ni. dahlah isu yang agak sensitif. haha. apa - apa pun, apa ye? ter kelu pulak. hehe. terima kasih kepada semua yang menggembirakan semula hati saya semalam setelah makan hempedu berminggu lamanya. terima kasih. oh, maaf saya ada selitkan bahasa Jawa sedikit. maklumlah, bahasa harian. hehe


wsalam.


Ehemm ; Along tunang hari ni, Alang nikah esok HAHA lol.

No comments:

Post a Comment