20110225

Bertelur sendiri, mengeram sendiri, menetas sendiri~

dari saya usia 5 tahun, tiada siapa di sisi untuk mendengar keluhan saya.


bila saya keluar bermain, tiada siapa kisah. yang tahu kalau saya lewat balik, tidur luar lah jawabnya.


saya yang terawal masuk sekolah. sayalah yang pertama merasa naik van atau jalan kaki untuk balik dari tadika berbanding dengan adik beradik lain. dan atas usaha saya sendirilah saya membeli chewing gum kegemaran saya dengan menjual belalang. satu lima poshen. tangkap kat padang sekolah. ok dah. tak jadi sedih kang.


umur saya 10 tahun, saya mula terdedah dengan kegawatan ekonomi dan sangat memberi impak kepada keluarga. saya tekad mencari duit sendiri. dulu pertandingan kat sekolah selalu bagi duit. dapat 50 ringgit pun dah heaven.


saya tak pernah libatkan orang lain. masa kecik, saya dapat kawal perangai saya, sikap saya tanpa saya sedar sebenarnya menjadikan saya seorang yg  sgt memendam rasa. saya jadi agresif pun kerana marah dengan jantan jantan keparat yang menganiayai wanita.


saya akui saya cemburu melihat kawan - kawan yang dibelai lebih - lebih lagi dilimpahi dengan kasih sayang dari keluarga. tapi saya jugak akui dan sedar tentang kewujudan Allah dan keadilan-Nya. setiap orang ada gula, ada garam, ada cuka dan ada peria dalam hidupnya. jadi mesti ada keadilan buat saya suatu hari nanti.


sekarang saya 18 tahun. dah 18 tahun saya hidup kat dunia indah ciptaan Allah ni. dalam tempoh 18 tahun belum pernah saya kongsi derita saya. luaran saya memang elok, haih dala. entry ni mcm tk berapa nak tacing pulak.


all I wanna say, kehidupan kita sekarang sebenarnya memang sangat dipengaruhi dengan cerita masa lampau kita. tapi sedar tak, apa yang kita lalui dulu susah untuk diungkapkan dan difahamkan oleh semua orang. apatah lagi bila yang jerih perih itu lagi banyak daripada yang manis dan gembira.


sangat susah nak buat orang paham kita. susah nak bagitahu orang kita tak suka gosok gigi sebelum tidur. lagi susah nak bagitau orang yang kita fobia dengan anak kura - kura. apa yang mampu kita buat? takkan nak tulis dekat about me dalam facebook nanti mesti takde orang add.


kita diam. bukan tanda kita protes, bukan tanda kita kipas-susah-mati dengan pendirian kita. hati kita sakit, hidung kembang kempis tahan apa yang terbuku apatah lagi kisah silam yang merobek jiwa. kita manusia. ada hati dan perasaan. dan inilah subjek dan sakit paling sukar untuk diubati bila terluka. atau lebih tepat bila dah terlalu banyak terluka.


day by day I tried my very best. tapi mungkin sebab saya yang nampak terlalu sempoi dan gembira senang orang nak assume yang saya seorang yang sangat okey. saya adalah orang yang sangat bijak dalam menyembunyikan rasa dan sakit. dulu masa tinggal di asrama, susah nak yakinkan warden yang saya tak sihat. bila dah kena bawak naik ambulans baru cikgu angguk - angguk sambil cakap "teruk rupanya sakit dia tu" lol.


awak.saya bukan tak nak berubah. terlalu banyak dugaan untuk saya. apa yang dah jadi betul2 lemahkan semangat saya which is memang dah tak boleh dipanggil semangat langsung. saya bahagia senang, emosional pun senang. saya sangat fragile. segalanya macam senang menusuk ke dalam kalbu. tapi DEMI ALLAH, saya tak pernah salahkan awak apatah lagi bila saya moody bukan kerana kata - kata awak. cuma kadang-kadang rasa kesal kenapa dilahirkan dalam keadaan macam ni. Astaghfirullah . kafarah ni kafarah . redha redha


bukan tak mahu berubah. tapi ini adalah perkara yg paling rumit. 18 tahun saya sendiri, 18 tahun saya ikhtiar sendiri, dan sekarang saya perlu luahkan semuanya pada awak? tunjukkan saya bagaimana. itupun kalau awak berjaya.




sorry. hands-down.




Ehemm ; lol.lol.lol.eat and share.kah kah kah

No comments:

Post a Comment