20110111

Pailang tu apa? ~ #1

7-9 Januari 2011 asa Chocolate Fair kat Mid Valley. Ini kali ke-4 punya. Kenapa aku tak pernah atau ada menda alah ni? Lebih men'down'kan keadaan, aku dapat tau daripada adik bongsu aku sebab dia pergi redah aci bukak internet pastu baca blog orang lain. Cissss aku rasa terkebelakang kejap -.-"


Tapi aku nk cite pasal 9 Januari punya. aku rasa cam pailang gila hari ni. First, plan aku nk jumpa Girlfriend yang tersadai kat PLKN Kuala Kubu terkentut terbantut. Ini semua gara- gara pre- test untuk tadika memandu yang aku daftar sendiri tahun lepas, yakni Disember 2010. aku rasa cikgu memandu tu memang sengaja kenakan aku. aku baru belajar ABC 4 jam, untuk jam yang ke-5, aku dah kena test. Silibus tanah jajahan mana tah dia ikut. Liberal gila


Last - last aku jumpa mak mertua dengan suami kontrak aku kat tepi jalan highway Ampang. sempatla aku belikan 10 batang lolipop brand Red Indian buat dia hisap masa kawad nanti. lepas tu aku balik rumah sambung tidur yang tergendala sebab dapat call kelas pukul 9, cikgu amik kat umah. Tau2 kelas pukul 12 datang sendiri. Janji Melayu memang, nasib baik aku Jawa Totok takdelah mengkhianati spesis.


Setibanya aku di tadika memandu, aku bergegas ke kantin tadika. Sheeetttt aku lupa itu bukan My Mydin. Mana ada Cupa Chup. Lantas dengan kecewanya aku ke pondok tadika untuk melihat senior2 aku belajar sebab esoknya dorang ada test masuk darjah satu. alaa macam diagnostik test tu je, yang beza dorang exam ada orang duduk sebelah pakai spec hitam belagak macho, kalau yang menang lucky draw dapatlah orang yang misai macam A. Galak, ajak ketawa sepanjang exam, habis exam tau2 fail. HAR3


Setelah memerah peluh kira2 43.2 minit, kelihatan bayang2 cikgu aku berjalan dari kejauhan. perhhhh aku bergegas merangkak ke arah beliau. Okey, untuk pendek beliau cakap beliau lupa pasal ujian aku. Sheeetttt. tak aku tak marah pun. senanyer aku nak cakap, ohhh jadi boleh tak saya balik sekarang? cari cikgu lain? pastu dia pergi direct Lembaga Peperiksaan daftar nama aku. perhhh senang betul sistem pendidikan sekarang.


Masa ujian okaylah. Kereta hand-break kebulur, stereng tak pernah gosok gigi. Eh okey sangatlah senang cerita! Senang gila aku nak buat semua ujian tu sampai naik bukit kereta boleh undur2 sikit pastu naik balik last2 undur terus. perhhh best ! tak payah tekan minyak. Cikgu tak pernah cakap pulak ujian senang sampai camni boleh tak tekan2 minyak. Result ujian, aku LULUS. bolehlah amik PhD dah hujung bulan ni. Terima kasih Apek.


Pukul 3 aku cabut gi pesta cekelat tu. sambil minum air Gatorade atas motor. sejuk betul suasana. masa dah dpn Boulevard, cilok2 kaki aku terlanggar pasu. HEHE best sakit gila doh. pastu aku jalan tengkak2 sampai masuk fair. pastu dah tak tengkak sangat dah sebab dapat cekelat manyak sangat. shukkeeee :)


5.30 aku nak blah dah. aku hengat kisah duka aku akan berakhir tatkala aku beradu atas kusyen kayu buatan abah. saat aku telah menyarung helemet, mahu membuka mangga tayar, tiba - tiba kunci itu berdegil. cocok semua lobang tak masuk. eeh chop. ini bukan beca. ini beca dua tayar. saat itu aku sedar aku salah amik kunci.


bersambung..sakit hati pulak ingat.

No comments:

Post a Comment