20110115

Key - Efff - Ceee ~

" Hai selamat datang,"
"Apa khabar, boleh saya bantu ?"
"Makan sini ke bungkus ?"
"Ayam spicy ke original ?"
"Nak air tak ?"
"Okey order anda sejuta cheezy wedges, Jom Jimat Set A, B ,C , air Pepsi setong"
"Semua sekali 4 juta setengah duaploh lima sen"
"Terima kasih, sila datang lagi, enjoy your meal ! "

Salam. HAHA. semangat aku nak update blog hari ini. Baru 4 hari takupdate rasa macam dah sebulan. Well, aku sekarang kerja KFC. Dekat mana? haa itu yang kita tak tahu. Aku apply sesaje atas cadangan Encik SuperHero dan desakan family yang dah berbulu mata asyik tengok aku bergolek tengok Hagemaru, Ninja Boy dan seangkatan dengannya.

Memandangkan mak mencabar saya membeli sebuah kereta auto yang pastinya, dan tengok abah cam teringin gilos tengok Viva Elite (lagi2 purple) perhhh, membaro semangat di hati nak beli kereta ni ditambah lagi dengan cerita hebak Encik SuperHero yang pernah kerja KFC dulu, sehari 4 henget, dan kawan yang pernah kerja KFC juga sampai dapt seribu lapan pastu kalau buat overtime gaji jadi double ke triple rate (gaji asal digandakan) lagi hape aa, HAA baju kerja SAPLOH ATAU DAPLOH HENGET, lagi apa ehh tak ingat sangatlah. bab gaji paling ingat. sebab masa belum hantar borang dah kira gaji pernah sampai 1920 .PERHHHHH tapi...


percayalah, semua itu hanya FAKE semata - mata . FAK FAK FAK

******

aku takdelah kesah sangat sebenarnya. yang penting aku kerja. dapatla beratus - ratus gak en. oh yang pasal overtime (OT) kan, baru kerja 6 jam sampai nak tercabut kaki aku. depan customer takleh duduk apatah lagi mencanngkung. aku cashier. jadi pepahamla. tapi sekarang macam tak sesabar nak kerja malam. boleh aku membuto lamo sikit. HAHA

aku masih menjalankan tanggungjawab sebagai domestic engineer yang berjaya. aku masih masak sarapan walaupun ..... hehe adik2 aku dah pergi sekolah. jadi mak dan aunty yang bawak bekal. yang penting aku masak lunch. dan yang penting aku dah berjaya memecahkan rekod pergi beli lauk sebab malas tak sempat masak.

sekarang aku kerja 6 jam sehari. tapi ini untuk minggu ni je. minggu depan tak mustahil aku akan terus dapat 10 jam. tak pun sampai closing. Alhamdulillah, aku cepat pick up. dua hari kerja dah dapat buka kaunter sendiri. yang aku dengar dari cashier lain dorang seminggu baru boleh buka kaunter, syukur2 hehe. tapi ingat jadi cashier senang ke, banyak button nak punch, kalau salah punch kena void bermakna kena panggil manager mintak kad void. void sangatlah tak digalakkan sebab ini menggambarkan kecuaian seseorang cashier. aku pun segan kot. tapi takut doh haha -.-

jadi inilah life sekarang. kerja. KFC. dan. entah. berangan kot. aku kerja ni pun sebab nak kumpul duit sambung belajar kat BBC. setakat form 2 je tak cukup. haihh paling kurang kena ada 6K kat tangan. haritu dapat offer ajar anak mat salleh Bahasa Melayu, tapi aku cam tak berani je. tup2 dapat KFC lak en, hoho. sekarang aku tgh tunggu request untuk kelas Bahasa Arab. ini idea mak la ni. aku follow je.

esok kerja pagi. cehh padahal hari2 pagi.

okey. salam.


Ehemm : memang hangit gila blog aku. kering doh kepala otak HAHA

No comments:

Post a Comment