20110211

Tau tak harimau mengaum sebab tak bahagia? ~

Hmm. Pagi tadi jumpa bahagia. Semalam jumpa bahagia. Kelmarin pun jumpa bahagia. 


Kalau boleh lepas ni, tak nak kerap jumpa bahagia. Bahagia umpama bunga di Taman DBKL. Kalau kau gedik tangan pergi petik, habis rabak poket kau nak bayar compensation.


Bahagia macam jelly baby ke jelly baby. Entah. Yang pasti, ramas dengan tenaga lebih 1kJ pun dah boleh hancur lumat. Ramas guna jari baby pun boleh dah. Bahagia jugak macam minyak tuti motor Ego aku. Lewat ganti mulalah mengaum macam harimau tak dapat mengawan.


Eh sudahlah. Nanti kerut dahi banyak - banyak pelik pulak customer yang datang KFC esok. Kerja setakat ambil order je pun, bukan layan customer complain. Alahai bahagia.






Sakit jantung I.

No comments:

Post a Comment