20110122

Jangan Kawan Saya ~

Saya memang tak ada masa nak update post macam awak.


Saya memang tak ada masa nak jumpa Encik GOOGLE atau Mak Cik YAHOO sebab nak letak gambar kat blog.


Saya memang tak punya waktu untuk menghadap laptop 24/7 demi secebis coretan.


Saya memang pemalas nak perah otak untuk menaip post yang lebih bernafsu untuk dibaca.


Saya memang MEMBOSANKAN.




Lagi ....


Saya memang jarang atau lebih jelas tidak membalas mesej.


Saya memang kurang gemar menjawab call.


Saya memang tak punya waktu untuk bersuka ria ke mall dengan kawan - kawan.


Saya memang suke bekerja dan menolak ajakan sesiapa kecuali kes tertentu.


Saya memang kelihatan mementingkan diri sendiri.


Terukkan saya?


Kejikan saya?


Sila mengata, mengutuk dan menghina saya dengan kata - kata yang boleh melegakan hati awak.


Terima kasih, itu semua semakin mengukuhkan semangat saya untuk berjuang.


Untuk apa saya lakukan semua ini?


Apakah derita yang saya lalui awak juga lalui?


Awak tidak perlu memikirkan masalah seperti saya, untungnya.

Boleh saya beritahu awak sesuatu?


Sila cari sahabat lain, yang boleh menemani awak keluar bersuka ria.


Sila cari sahabat lain yang boleh awak jadikan teman untuk bergayut di telefon.


Sila cari sahabat lain yang punya sejuta waktu untuk awak.


Mungkin dulu saya katakan SPM selesai kita boleh berjumpa.


Tapi adakah itu bermaksud selamanya?


Tidak kan.


Saya mohon, sila pertimbangakan dengan situasi semasa.


Saya tak mampu.


Mungkin saya lebih elok begini.


Terima kasih.


Maaf andai ada yang terluka.

No comments:

Post a Comment