20110107

Doblas tahun berhingus lagi ~

Hari ni dah 6 Januari. Hari keempat sekolah. Eh aku ni dari hari tu kira ni dah hari sekolah yang ke berapa. HAHA. okey dah dah. straight to the point. tanggal 4 JANUARI 2010, genaplah umur 12 tahun bagi adik perempuan aku merangkap anak ke-4 dalam adik beradik aku. elehh baru doblas budak lagi. tapi bakal mak cik ipar aku assume dia budak form 2. TAHNIAH BUDAK ! aku pun dia kata form 3 -.-"


Hamek kau sedebuk choc cheese !

Jadi kepada anda wahai RAIHAN FARHANA BINTI BASRI, sila bekerja keras untuk mencapai 5A dalam UPSR. Ini WAJIB sebab saya selaku KAKAK SULUNG dalam keluarga telah berjanji kepada ABAH dan EMAK untuk menjaga dan mendidik anda agar impian ABAH dan EMAK untuk melihat lagi anaknya masuk ke SBP tercapai. Ini semua gara -gara aku yang menghancurkan impian mereka dahulu (refuse msk MRSM HAHA). what you give you get back lah kan.


fuhhhhh !
Jadi tolong dengar cakap aku. FACEBOOK boleh tapi aku kena usha sebab kau banyak PAKWE TAK RASMI. Hey aku pun takda orang pm dekat inbox FB cakap lebiu lebiu tau. Kesian jugak kat kau sebab kau tak pernah layan budak tu HAHA. tulah sapa suruh menonjol sangat. tapi kalau kau tulis blog aku malas pulak nak tunggu, nanti aku baca balik jelah. tapi limit sejam jela ye ;D

eh tadi bukan dah fuhhhh ke ?

Tahniah jugak sebab kau berjaya dilantik menjadi KETUA PENGAWAS dekat sekolah. TAHNIAH ! Aku dengan Bamie pun tak pernah tau. Paling cikai kitorang jadi PENOLONG PENGAWAS je tau. Papepun, aku harap tahun ni kau akan buat lebih hatrik dan achieve more goals! target NATIONAL pulak ye. Aku suka kalau kau lagi lebih dari aku, aku tengah cabar kau ni. SEDAR TAK ? HAHA

wooww !

 sodapnya kek citarasa aku HAHA 

Jadi Ketua Pengawas elok - elok, jangan garang2 tegas je cukup, jangan GILO KUASO, jangan marah - marah Raihana depan kawan - kawan dia, adik tu jaga elok2 (tadi dia mengadu kat aku), jangan terlampau hanyut dengan kemahsyuran, belajar jangan lupa, Matematik rajin - rajin buat latihan, Sains pun sama, JANGAN MALAS, kalau orang cakap dengar jangan lawan lagi - lagi dengan aku. Kalau tak aku taknak bawak kau jalan - jalan KL lagi, bulan 3 ada Pesta Buku kan? Nak jumpa AIN MAISARAH kan? Aku cuba ye dapatkan jadual dia, bagi kau bermotivasi sikit. HAHA. Sila kumpul duit jugak, Raihana dah bagi 4 henget, KAU? taik idung pun tak nampak. tengok kau dah REBEL, baru sekejap kau jadi baik HAHA  
  
 NAH HAMEK CHOC BANANA !Badan jo kocik

Oh yea, sila habiskan novel - novel anda, apa ni? semua sekerat jalan je ni. Kata nak hantar dekat PTS One. Siapkan okey, satu cerita pun okey dah, AKU CABAR KAU LAGI NI HAHA

tengok ! manjanya kau laki aku pun belum pernah aku suap lagi HAHA

Kesimpulannya, SELAMAT HARI JADI YANG KE-12, moga jadi anak Solehah, realisasikan impian ABAH EMAK (5A UPSR tau), dengar cakap (lagi lagi cakap aku)HAHA, selamat siapkan homework dan ScoreA. HEHE

No comments:

Post a Comment