20110123

Apa benda tu ?~

Hai . hehehe
tak tahu nak buat opening macam mana.


semalam kerja. macam biasa la kan. hari jumaat hari tu MC menegejut. lutut jendul. kecelekaan pertama di tempat kerja. dekat lutut accident pulak tu. jadi dah rugi 6 jam. 6 dara b 4 ,maka rugilah 24 ringgit. tapi kira dah cover la kan masa Thaipusam haha tibohh -.-


semalam syif pukul 4 ptg sampai 10 malam. jap jap. nak bagitau ni. ni sebenarnya entry seram. tapi tak tau kenapa rasa macam tak seram langsung. emm okay abaikan. dah dah ,fokus balik. pastu kerja jela macam biasa. semalam orang luar biasa ramai. sampai ayam habis sebelum waktunya. jadi terpaksa lah COOK PEOPLE buat kerja extra walaupun sepatutnya dorang dah boleh tonggeng2 bontot makan ayam sambil usha cctv. saje je nak bagi orang dalam panas.


nak dijadikan cerita semalam adalah hari yang paling lama buat saya. toleh2 jam macam tak bergerak langsung jam tu. rasa macam dah amik ramai customer tapi .. jarum masih di situ jugak. tension betul. rasa lama lama lama gila.


semalam jugak ada customer datang mintak DOUBLE CHEESE BURGER. apakah? tidak kurang ada yang meminta HAPPY MEAL. tak tahu ke diorang yang Encik Colonel dengan Ronald McDonald bukan sekufu. diorang dah bercerai talak tiga masa kecik2 dulu sebab Encik Colonel nak jual ayam je tapi Ronald McDonald nak jual burger daging. last- last dorang pergi Mahkamah dekat White House mintak cerai sebab dah tak sebulu. yelaaa, bulu ayam dengan bulu lembu mana sama.


okay2 dah dah cerita pasal sejarah. lepas maghrib semalam memang banjir KFC dengan customer. dah malam2 camtu ada yang mintak barrel (21 pcs), bucket (5-9 pcs), family feast sampai dua set (15pcs) pastu nak tambah set variety bucket lagi. ayam dahlah memilih. last2 tinggal chicken wing je. gelap masa depan dia tak dapat terbang duduk dalam island je. dipendekkan cerita, 10.30 jugakla punch card keluar, duit excess 50 sen. ehehe bangga kejap sebab tak shot. Miss manager bagi amik meal banyakkkk hehe. fries la, twister la ehehe. 


jadi masa balik saya perlu melalui hot spot hot spot. first yang kat dpn ladang yang anjing bertabur tu, second dekat bukit ampang tu. alaa yang boleh nampak KLCC tu. yang selalu banyak kereta tersadai tu. tapi pelik sebab dia tak wat emergency signal. betul ke rosak? haa itu yang kita tak tau. cuba try jengah tengok dari cermin isi dalam kereta nak? ehehe


sebenarnya ada dua hot spot je. tapi semalam ada tiga. ingatkan mata saya yang salah. saya nampak hitam je. dia ada kat belah kanan. dia hitam . hitam betul tapi saya masuh boleh nampak walaupun keadaan gelap. tiba - tiba teringat cerita Khurafat yang tak seram tu. saya perhatikan lama - lama, benda tu terbang. Masya Allah ! meremang bulu roma. mata masih tak dapat alihkan, tetap di situ macam memaksa saya melihat dia beraksi. mungkin dia nak buat wheelie atau wikang. atau mungkin nak tukar lane, nak balik saing dengan saya -.-


last2, pandangan terusik (cehhh apahal ayat pelik ni) sebab ada kereta muncul dari belakang. fikiran macam terawang - awang. macam tak mampu nak digerakkan. perhh balik tu macam blur. pastu macam . macam - macam. ini first time ni. hari ni syif sama jugak.


waaaa bila aku boleh kahwin ni ? senang ada suami jemput ! waaaaaa


Ehemm ; tapi rasa macam nak jumpa lagi hari ini . semalam tak jelas 

No comments:

Post a Comment