20110129

#1

dulu saya ada teman. teman yang sangat rapat. antara kami bagaikan tiada rahsia. boleh kata kami ni childhood friend. dia anak murid favourite mak saya. 


ditakdirkan kami berjumpa kembali masa tingkatan 3. dia pindah sekolah. kami sekelas. saya pun takdela ingat sangat dia. tapi memori lama tu takdela hilang sangat kan. lagi2 sekelas, semua dapatlah reveal. kami go through the year happily dan got flying colours for our PMR :)


masa form 4 saya tak sempat masuk kelas 4 Amanah sebab dapat offer ke SMK Jalan Tiga Bangi under scholarship Yayasan Selangor. sempat duduk asrama 3 hari je pastu keluar. Saya dengan dia pun separate semula.


ditakdirkan lagi, dia rupanya pindah ke sekolah yang sama. dia tak bagitahu pun. rupanya mak saya pakat dengan ayah dia apatah sampai dia msk sama sekolah dgn saya. emm relationship family kitorang mmg sgt baik. ayah ibu dia ayah ibu saya jugak, mak abah saya mak abah dia jugak :')


everything is fine masa awal2 tahun. mungkin dah takdir. friendship kami goyah. mungkin tak dapat keberkatan, ramai orang tak senang hati dan...salah kami sendiri. mungkin saya. okey saya tak kan salahkan dia sebab sampai sekarang saya tak tahu dan tak pernah dengar penjelasan drpd dia. boleh saya katakan, saya tak tahu apa yang dah jadi sampai jadi begini.


satu hari, dia cakap dia dah ada teman wanita. saya okey. saya mintak barang saya. saya dah lama pulang dia punya. takdela pulang. cuma mmg awal2 dah suruh dia pegang dah sebab saya ni seleder. seleder is in jawa. meaning , careless or suka letak barang sepah - sepah. dia cakap dia taknak bagi sbb dia cakap dia tak lama dengan girl tu. dia suruh saya tunggu dia -.-


kami okey je, still macam biasa cuma tak berapa nak biasala kan. contohnya macam saya nak keluar mak dah tak boleh cakap , "A ada? kalau A takde takyah la keluar, "
okey dah cukup la intro yang melankolik ni.


benda yang sangat mengganggu gugat hidup saya sekarang. barang saya tidak dipulangkan lagi. oh mesti anda akan cakap, PADAN MUKA KAU QUYA, SAPA SURUH KAU BAGI DIA. kan? act, saya tak bagi. memandangkan situasi kami dulu seperti kembar di dalam kelas, makanya beg saya adalah beg dia dan barang di dalamnya we might consider as his jugak la kan. dia amik. barang yang amat bermakna untuk saya. dan ... okey cukup. tak mampu saya teruskan.


cukuplah. apa yang saya nak beritahu, terima kasih kepada S yang menjadi punca. Sungguh, Demi Allah saya tak pernah kisah awak menjadi pasangan dia. ditakdirkan pulak saya berpindah dan sekelas dengan awak. What A Coincidence kan. Tak dapat dinafikan hati saya cemas masa tu tapi saya tak berapa kenal awak. tapi saya anggap awak baik jugak macam A. saya tak follow pun cerita tentang awak dengan dia, mahupun tentang dia. tapi ada jugak mulut2 yang mereport sebab mereka tak tahu apa yang dah jadi. saya tak tahu pun awak clash dengan dia ke, dating dengan dia ke. saya tak tahu pun awak pergi tengok wayang dekat Mines dengan dia, tapi kalau dah takdir nak bertembung, masih salah saya ke? okey saya admit, saya nampak awak dan dia dalam bas masa hujan ,tapi saya tak naik pun bas tu. kalau saya naik mesti awak kata saya spying kan?


Tapi Allah tu Maha Adil. Mungkin inilah yang dinamakan kafarah untuk dosa masa2 lalu. saya terima dengan redha segala 'pujian', 'kata-kata manis' dan 'ihsan' yang awak berikan sepanjang setahun saya di Abdul Jalil. saya tak pernah expect benda2 buruk macam ni akan jadi dalam hidup saya, masa tahun saya periksa besar pulak tu. tak keterlaluan kalau saya katakan, lebih manis rasanya dibuang sekolah di Bangi dulu daripada diuji dengan minah - minah tipikal di sekolah lama yang sepatutnya tak asing buat saya.


sekarang saya nak semua benda ni selesai. sepatutnya tahun lepas dah selesai. tapi saya tak tau apa rancangan dan motif mamat pisau cukur mydin ni. sudahlah segala (dua benda je) hak milik saya tak dipulang. atau dalam erti kata lain, memang dari dulu dah mintak tapi dia bagi macam2 alasan nak dipulangkan. dan S, dia mengugut saya supaya tak diganggu teman lelakinya. Demi Allah, saya tiada nombor A. Nombor S pun saya tiada, jadi, setiap kali S mesej saya akan bertanya ini siapa.


hari tu ada saya beranikan diri meminta no S dari seorang teman. Sungguh, rasa nak gugur jantung saya. mana taknya, dah macam Osama Bin Laden contact George W . Bush kot, memang cari bala. saya mesej untuk mintak no A. dan S menjawab untuk apa? saya katakan untuk selesaikan masalah ni sendiri. dan saya sangat memerlukan hak milik saya. S enggan beri nombor atas alasan, A accident. saya pun okey, dan sangat hampa.


mungkin ditakdirkan lagi, saya terjumpa seorang kawan sekampung A dan kami bersembang. entah macam mana, dia beritahu baru lepas main futsal dengan A. okey hati saya sangat sakit. betul A accident, tapi dia tak cedera, motor je. 


hampir 3 tahun benda ni berlanjutan, mungkin dia semakin membenci. apa punca dia membenci saya kurang pasti. tapi saya boleh agak, mesti buah hatinya ada bercerita tentang saya. masakan dia boleh mesej saya secara tiba - tiba(beberapa minggu selepas dia mesej dan beritahu tunggu dia dan jaga diri), dan lebih kurang berbunyi begini, 


"kau nak apa lagi dari aku? kau buat apa kat awek aku? kau tak pernah terfikir ke apa yang kau akan dapat bila kau buat kitorang macam ni"

kebetulan saya di hospital tengah tunggu turn untuk brain scan. jadi semestinya handphone bukan di tangan saya. lalu dia mesej lagi,


"apasal kau tak balas? cuak ke? "

mungkin 30 minit selepas tu kot baru saya balas. omakkau. dah pandai kau aku sekarang. dulu sopan je panggil Quya. hati saya rasa macam dilanggar jentolak, remuk betul rasanya. saya rasa dah hampir berbulan saya tidak 'usik' buah hatinya. saya dah pandai kawal perasaan iaitu biarkan dia mesej saya sampai ber page - page tanpa balas satu pun, atau lebih tepat tidak sempat membaca dah delete. saya masih ingat lagi mesej terakhir dia,

"kita setel wey, 0 -0 . aku dah jumpa end of this wey"

sangat lega hati saya membaca. seperti biasa saya tak balas. masuk kelas pun hati tak cuak2 dah, telinga dah tak berapa nak sumbat earphone sangat(dulu S dan kawannya suka memerli subjek tambahan yang saya ambil), S pun dah pandai senyum pada saya. namun ada satu saja yang tak mampu saya lakukan, senyum semula kepadanya.

jadi saya agak keliru apa yang saya dah lakukan sehingga dia mengugut saya begini. saya cuma katakan yang A hanya dengar dari sebelah pihak dan tidak berada dalam situasi saya. saya dan S bertelagah di Hulu Langat tapi A? boleh bergembira dengan kawan - kawannya, bermain bola dan belajar tanpa rasa disisihkan. SAYA? Tuhan saja yang tahu. Saya tak boleh bermain hoki kerana entah kenapa tiba -tiba S masuk sedangkan dia tidak pernah bermain untuk sekolah, dan saya sukar untuk membuat pembentangan ekoran ada suara - suara mengejek dari belakang -.-

A boleh percaya kata - kata buah hatinya kerana bak kata Jijie, The Power Of Love. Haha. Hampir dua tahun saya menderita kerana perbuatan A, banyak yang tak dapat saya lakukan kerana hak milik saya padanya. A pulak dah langsung tak ambil kisah. hari tu saya tekadkan diri untuk berjumpa dengannya, tapi saya tersungkur. tak mampu saya nak berjumpa dengan masa lalu yang membawa saya kepada kehidupan yang porak peranda, apatah lagi dengan segala kata - kata dan maki hamun yang dia lemparkan pada saya. 2010 adalah tahun yang paling mencabar buat saya.

Kalaulah saya masih di Bangi, mungkin keputusan peperiksaan saya boleh maintain dari awal tahun. mungkin juga saya tidak akan pernah merasa FAIL untuk Biologi. tapi itulah yang saya katakan tadi, kafarah yang Allah hadiahkan untuk saya merasa nikmat menjadi hamba-NYA. saya sangat bimbang akan mengecewakan Mak dan Abah saya untuk SPM tahun ni. mungkin saya tak mampu nak capai 11A seperti abang. saya menyesal kerana lambat bangkit dari kekecewaan, saya menyesal kerana ada perasaan risau dan tak suka masuk ke kelas, saya menyesal tak menjaga kesihatan saya dengan saya dengan betul. 

Wahhhh. panjang betul saya taip. tak sedar kot. dah lama saya nak luahkan tapi saya bimbang diri saya akan mengimbau masa lalu dan seterusnya men'down'kan hari-hari saya. tapi sekarang saya nak bangkit, sampai bila perlu saya takut dibayangi kisah silam? sampai bila saya perlu bersembunyi kerana takut disakiti orang? sampai bila saya perlu bersedih mengingat kisah-kisah yang meragut kebahagiaan saya? tak mampu saya untuk berduka seumur hidup hanya kerana seorang lelaki bercap pisau cukur Mydin.

saya benar - benar berharap A akan sedar dan kembali kepada A yang saya kenali dulu, yang warga Abdul Jalil pernah kenal dahulu. seorang penyanyi nasyid, seorang yang menjadi role model kepada pelajar lelaki  di sekolah, seorang yang boleh memberi tazkirah kepada yang lain, seorang pelajar top yang amat digemari oleh cikgu - cikgu untuk dibuat menantu. keh3 itulah A.

eh saya tak cakap yang saya nak A kembali kepada saya sebagai kawan sejati yang dia sering katakan dulu apatah lagi kekasih. sekali dia buat sampah, tak mustahil dia boleh buat lagi. saya cuma mahu, peperangan dingin antara kami selesai dengan cara baik dan senyap sebagaimana dia meninggalkan saya, dan hak milik saya dipulangkan.

sekarang tolong bagi saya idea macam mana saya nak berhadapan dengan mamat hati batu ni?

mekaseh.

Ehemm ; tak berniat untuk meraih simpati tapi kusut cemana nak amik balik barang aku wey ! aku fail bila nampak dia ! sheeeetttttt

7 comments:

  1. ceh.
    still jiwang-jiwang lagi ke ngan dia.
    ingatkan dah buang kat dlm tong sampah da.
    hehe.
    ;)

    ReplyDelete
  2. kak quya, piqa lempang S tu boleh takkk ? takpun kick betul2 kt muka A tu. mengelabah je dua2 hamba ALLAH tu

    ReplyDelete
  3. syafiqah khadiron : haha..mane boleh lempang S tu..kang merah meletup muka putih melepak dia tu..baik ketok kepala dia bagi dia bantut lagi.
    haha..;)

    ReplyDelete
  4. sasau ; wan aku memang nak habis dah dengan dia. tapi dia tu mengelat je. dah 3 tahun weh. kalau kau kat tempat aku, kau rasala sakt dia cemana.

    piqa ; boleh boleh akak izinkan. tapi jangan bagitau kat doranglaa piqa sepak sbb ada kena mgena dgn akak. haha

    ReplyDelete
  5. =,= . ko msti nympah nk face ngn dy , aq boleh kot . aku tolong kau lh . (irah.zack)

    ReplyDelete
  6. ade jugak org ta bertamadun macam ni ke quya?? -.-"

    ReplyDelete
  7. ira ; dah setel kot. tahlaa. biala.

    najwa ; ada je. tp mcm tak percaya kan? isk3

    ReplyDelete